- VIRAL

‘Mama Tolong Saya, Saya Tengah Takut Ni’

Panjat pokok pandai, turun tak tahu pula!

Mungkin inilah yang diperkatakan si ibu kucing kepada anak kecilnya. Kenakalan anak kucing hari itu akan menjadi satu pengajaran dalam hidupnya selepas ini.

Seekor anak kucing memanjat sebatang pokok yang tinggi. Sampai di satu dahan, si comel ini tidak mampu memanjat lagi tetapi tidak tahu kaedah untuk turun daripada pokok.

Anak kucing ini kelihatan takut-takut untuk turun ke bawah.

Dia cuba menyeimbangkan badannya daripada terjatuh sambil mengiau-ngiau memohon pertolongan.

Kasihankan anaknya yang terperangkap, si ibu memanjat pokok tersebut lalu menggonggong anaknya untuk turun ke bawah.

Si ibu kucing gonggong anaknya sambil turun ke bawah, namun usaha itu nampak sukar dan akhirnya tidak berjaya.

alu ibu kucing turun daripada pokok itu dahulu sambil diperhatikan oleh anaknya. Ibu penyayang ini menunjukkan kaedah turun daripada pokok.

Akhirnya, tunjuk ajar ibu kucing ternyata berjaya kerana anak kucing ini turun dengan sendiri.

Satu pengajaran yang menarik daripada kisah ini, tunjuk ajar dan contoh baik akan memberi satu pengetahuan yang positif buat anak-anak kita.

Buat para pembaca, saksikan video menarik ini.

sumber : erabaru

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *