- AGAMA

Sheikh Ini Diberi Kebenaran Iringi Raja Faisal Masuk Ke Makam Nabi SAW. Apa Yang Dilihatnya Sangat Mengejutkan

Pada tahun 1964, seorang sheikh telah diberi kebenaran mengiringi Raja Faisal untuk masuk ke dalam ruang maqam Nabi SAW di Masjid Nabawi Madinah dan apa yang beliau lihat amat mengejutkan.

Raja Faisal Ziarah Makam Rasulullah SAW

Sememangnya jarang sekali kita mendengar cerita daripada mana-mana pihak yang masuk ke dalam ruang makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, di sini. Meskipun tidak banyak yang diceritakan, seorang syeikh mendedahkan kisahnya yang masuk ke ruang makam baginda Rasulullah SAW atau ‘hujra’, ketika zaman pemerintahan Raja Faizal bin Abdul Aziz (1964 hingga 1975).

Menurut Sheikh Aaeed Ben Omar al Rouis, beliau mengiringi Raja Faisal memasuki ruang makam tersebut dan mendapati terdapat dua kotak yang diperbuat daripada besi serta berkunci dan beliau tidak mengetahui apa yang ada di dalamnya.

Jom lihat video penuh di bawah.

Dua Kotak Besi

Berdasarkan video yang dimuatnaik dalam YouTube berkenaan temubual dengan beliau, Raja Faisal memerintahkan sebuah jawatankuasa dibentuk untuk menghitung barang dan peralatan yang ada di dalam makam itu, termasuk dua kotak tersebut.

“ Kemudian jawatankuasa itu dianggotai oleh Kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf, Kementerian Kewangan dan Biro Audit.

“ Masa itu saya mewakili Kementerian Kewangan. Kami diarah memasuki ruang makam selepas solat Isyak. Kami mengkatalog kandungan di dalam ruang tersebut bersama pakar barang kemas dan menggunakan rekod sejarah bagi mengenal pasti barang-barang yang ada.

Isi Kandungan 2 kotak tersebut

“ Bagi kotak pertama yang diperiksa, kami menemui emas dan barang kemas. Di dalam kotak kedua kami menjumpai rantai perak. Kami juga menjumpai surat yang ada kaitan dengan Nabi Muhammad SAW,” ujarnya.

Tambahnya, pasukan itu melakukan tugas selama 15 hari dan mereka mencadangkan supaya barang kemas berkenaan disimpan di Muzium Madinah, yang diselia oleh Kementerian Kewangan, manakala surat berkenaan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Arab Saudi.

Nabi Muhammad dikubur di dalam rumahnya. Kemudian Khalifah Abu Bakar ra dan Khalifah Umar bin Khoththob ra dikubur juga disamping makam Nabi. Ada tembok yang mengelilingi di situ. Ini terjadi sejak zaman Sahabat, Tabi’in (Anak Sahabat), dan Tabi’it Tabi’in (Cucu Sahabat). 3 Generasi terbaik dalam Islam di mana saat itu Islam masih murni. Ajaran Nabi sesuai dengan yang dipahami para sahabat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newscoviral.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *