- HIBURAN

Ungku Hariz Kagum Dengan Perubahan Jihan Muse Yang Tahu Bila Dia Nak

PELAKON Ungku Hariz berkata dia melihat beberapa perubahan pada isterinya yang juga pengacara, Jihan Muse.

Menurut pelakon utama telefilem Berani Jadi Papa ini, sifat keibuan Jihan semakin menyerlah sejak mereka menimang cahaya mata sulung bernama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia 10 bulan.

“Sifat keibuan itu semakin menyerlah pada diri Jihan, contohnya, sekarang ni kalau memasak tak perlu suruh atau tak perlu tanya, dia akan buat.

“Keduanya waktu tidur, kalau anak dah bangun pagi-pagi, dia akan bangun sama, uruskan hal anak dan siapkan sarapan untuk kami.

“Saya dan Jihan agak sibuk, jadual kami tak sama, jadi kalau ada masa memang kita akan luangkan masa berkualiti bersama,” katanya kepada mStar Online.

Ungku Hariz ditemui semasa tayangan telefilem Berani Jadi Papa yang diadakan di TGV Cinemas, One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Telefilem arahan Umi Salwana itu mengisahkan tentang seorang anak dan bapa yang perlu menjalani kehidupan dari tubuh yang berbeza.

“Watak sebagai bapa dalam telefilem ini agak mencabar kerana saya perlu bertukar karakter dengan anak, lakonan Rykarl tetapi menarik sebab jarang ada cerita begini di Malaysia.

“Kami juga menjalani latihan sebelum penggambaran bagi memastikan watak itu dibawa dengan baik.

“Orang ramai kena tonton cerita ini bersempena cuti sekolah kerana ia sarat dengan mesej dan sesuai untuk hiburan keluarga.

Ia turut dibintangi oleh Datuk Awie dan Rykarl Iskandar. Berani Jadi Papa ditayangkan secara eksklusif di Astro First bermula hari ini.

Selepas sembilan tahun menyulam cinta, pelawak popular Jihan Muse dan pelakon Ungku Hariz sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 20 Mac 2016 dalam sebuah majlis pernikahan ringkas di Laman Kayangan, Shah Alam, tepat jam 3.20 petang.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31, dinikahkan bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz bersaksikan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki, bapa Ungku Hariz Ungku Mohamed Fadli, adik-beradik dan keluarga terdekat.

Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan saling berbalas lima dulang hantaran. Bagaimanapun, pasangan pengantin merahsiakan jumlah wang hantaran pada ketika itu.

Ungku Arsalan Haq selamat dilahirkan di DEMC Specialist Hospital, Shah Alam pada 25 Januari 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: Mstar dan Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *