Dunia

Kenali ‘Blaze the Great’, Budak Lelaki Sasa Dan Terpantas Dengan Bakat Sukan Yang Mengagumkan

Apabila memperkatakan siapa gerangannya budak lelaki paling popular di Amerika Syarikat ketika ini? Sudah pasti warga Amerika akan menjawab ‘Blaze the Great’ atau Rudolph Ingram yang baru berusia 8 tahun.

Blaze boleh dikategorikan sebagai budak lelaki terpantas di Amerika Syarikat pada ketika ini dengan larian sepantas kilatnya yang mungkin akan mengatasi Usain Bolt suatu hari nanti.

Kenali ‘Blaze the Great’, Budak Lelaki Sasa Dan Terpantas Dengan Bakat Sukan Yang Mengagumkan

Disamping menjadi pelari pecut terpantas di trek olahraga, Blaze juga bermain bola sepak Amerika dengan aksi yang tangkas dan pantas. Ketangkasannya dalam sukan ketika di gelanggang telah mendapat perhatian bintang bola keranjang NBA, Le Bron James sehingga menjadikan Blaze bintang sukan cilik yang sensasi di media sosial dengan akaun Instagram mempunyai lebih 390,000 pengikut dan semua videonya menjadi tular.

Walaupun baru berusia 8 tahun, Rudolph ‘Blaze’ Ingram memiliki badan sasa dan berotot seperti orang dewasa. Budak lelaki penuh keyakinan dengan bakatnya yang hebat dan mengagumkan.

Kenali ‘Blaze the Great’, Budak Lelaki Sasa Dan Terpantas Dengan Bakat Sukan Yang Mengagumkan

Melihat perut dengan otot enam petak ini, siapa sangka dia hanya kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun.

Kenali ‘Blaze the Great’, Budak Lelaki Sasa Dan Terpantas Dengan Bakat Sukan Yang Mengagumkan

Rudolph ‘Blaze’ kini sedang aktif bermain bola sepak Amerika dalam pasukan yang mewakili sekolahnya, Tampa Raven. Pada musim lalu, Blaze telah membantu pasukannya memenangi perlawanan bola sepak Amerika dengan 10 ‘touchdown’ dan telah dianugerahkan dengan trofi ‘Pemain Paling Berharga’.

Kenali ‘Blaze the Great’, Budak Lelaki Sasa Dan Terpantas Dengan Bakat Sukan Yang Mengagumkan

Ketika di trek olahraga, pecutan larian Blaze amat hebat dan mengagumkan dengan meninggaIkan kesemua pelari pecut 100 meter yang lain jauh ke belakang. Tiada siapa yang dapat mengatasi kepantasan larian pecut Blaze.

Bapa Rudolph ‘Blaze’, Ralph Sr. berkata catatan masa terpantasnya dalam larian 100 meter pecut ialah 13.48 saat. Gaya lariannya sudah pun memiliki gaya pecutan seperti pelari pecut terpantas dunia dari Jamaica, Usain Bolt. Ramai netizen yang telah menggelar Rudolph ‘Blaze’ sebagai pengganti Usain Bolt di masa hadapan.

Aksi lincah, bijak dan tangkas Rudolph ‘Blaze’ ketika di padang amat hebat dan mengagumkan, sehingga akan membuat kita akan terbuka mulut dengan sendiri. Tiada siapa yang boleh mengejar dan berebut bola dengan Blaze ketika bermain bola sepak Amerika.

Masa depan Rudolph ‘Blaze’ Ingram masih panjang dan bakatnya dalam bidang  sukan perlu digilap dengan baik supaya dia boleh menjadi pemain berbakat besar dengan pencapaian yang cemerlang dan gemilang. Prodigi kanak-kanak dengan bakat luar biasa dan masa depannya pasti amat cerah.

Lihat video di bawah.

Sumber : blaze_813/Instagram , Cocomy

Sumber: Era Baru via catatanterakhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *