Connect with us

Dunia

Alahai Siannya, Model Cilik Ditdang Ibunya Gara-Gara Penat Untuk Teruskan Penggambaran

Published

on

Satu rakaman yang memaparkan seorang wanita menendang punggung anak perempuannya yang masih kecil tular di laman sosial baru-baru ini. Wanita tersebut teruk dikecam netizen.

Kanak-kanak perempuan itu dikenali sebagai Niu Niu yang juga merupakan model cilik bagi beberapa jenama pakaian di China.

Video Player

Dalam rakaman itu kelihatan kanak-kanak berusia 3 tahun itu sedang berdiri dan dibelakangnya ada seorang wanita.

 

..

 

Dalam beberapa saat, wanita itu menendang Niu Niu di bahagian belakang membuatkan kanak-kanak itu hampir tersungkur jatuh.

Video Player

 

Rakaman itu mendapat perhatian ramai dan ditonton lebih 37 juta kali dan kecaman dari netizen.

Kebanyakan dari mereka menganggap ini adalah salah satu daripada penderaan kanak-kanak. Malah ibu Niu Niu juga dituduh mengeksploitasi kanak-kanak itu demi mendapatkan wang.

Netizen turut memaksa ibu Niu Niu untuk memohon maaf. Menurut kenyataan yang dikeluarkan wanita itu melalui akaun laman sosialnya, dia tiada niat untuk mencederakannya dan meminta maaf atas salah faham yang timbul atas perbuatannya.

“Anak perempuan saya menerima perhatian dan kasih sayang secukupnya. Terima kasih kerana memahami,” ujar ibu Niu Niu.

Difahamkan wanita tersebut berkelakuan sebegitu kerana anaknya itu tidak mahu meneruskan pengambaran disebabkan kepenatan.

Mengikut undang-undang pengiklanan di China, syarikat dilarang dari menggunakan kanak-kanak dibawah 10 tahun sebagai jurucakap mereka.

Seorang peguam berkata persoalannya adakah Niu Niu dipergunakan oleh ibunya sendiri? Kasihan Niu Niu terlepas dari melalui kehidupan seorang kanak-kanak yang sebenar.

Dari – MirrorUK/himpunanceritalawak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending