Trending

Perkahwinan Kami Sememangnya Boleh Dikatakan Atas Aturan Keluarga

Pelakon Ummi Nazeera dan suaminya, Mohd. Izzar Anwari telah menyambut ulang tahun perkahwinan kedua mereka semalam.

Menerusi entri di Instagram, Izzar berkongsi ucapan dan luahan kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini.

“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Dah genap dua tahun kita bernikah ye @umminazeera. Pelbagai saat suka & duka dah kita lalui bersama dan saya sungguh bersyukur saat-saat tersebut dilalui bersama isteriku yang dicintai.

“Perkahwinan kami sememangnya boleh dikatakan atas aturan keluarga dan bukannya atas dasar cinta semata-mata. Cinta berputik sebelum kahwin, tapi bertambah mekar selepas itu. Disemai lagi dengan sokongan dan kasih sayang daripada kedua pihak keluarga. Alhamdulillah.

“Mawaddah – Kasih sayang, Warahmah – Lapang perasaan. Perasaan yang akan lahir sekiranya ikatan itu sah/halal. And I feel that way with you.

“Isteriku, terima kasih sebab menjadi isteri yang menyempurnakan diriku, pelengkap hidupku, dan menjadi ibu terbaik buat anakku. Maaf sekiranya diriku tak cukup sempurna buatmu. I love you. #mrimissesu,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Izzar dan Ummi.

Izzar dan Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainul Abadin selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 23 Julai 2017.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari pada 22 Ogos 2018 di Hospital Serdang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *