Sedihpun Ada Tujuh Beranak Berumah Di Pejabat Dan Ini Luahan Ayah Apa Berlaku

DESAKAN hidup selain dihimpit kekangan kewangan memaksa tujuh beranak menumpang teduh di ruangan kosong pejabat milik syarikat swasta sejak hampir dua bulan lalu di Jalan Raja Syed Alwi, Utan Aji, Kangar.

Mohd Firdaus Chandhra Abdullah, 42, bersama isteri, Rosniza Rusli, 45 dan lima anak perempuannya berusia antara sembilan hingga 20 tahun tinggal di situ sejak Jun lalu.

Ruangan pejabat yang kini didiami mereka pula adalah belas ihsan pengasas syarikat berkenaan berikutan beliau memahami kekangan yang dihadapi Mohd Firdaus sekeluarga.

Menurut Mohd Firdaus, dia tidak menyangka nasibnya berubah selepas berhenti kerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat berpengkalan di Singapura pada 2015 akibat penyakit misteri yang dialami.

“Semuanya bermula apabila saya pulang bercuti di rumah saya di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan secara tiba-tiba seluruh tubuh badan membengkak dan menggerutu.

“Sejak itu saya terpaksa berhenti bekerja di Singapura kerana kulit amat sensitif dan lebih teruk ketika berpeluh, sejak itu pekerjaan saya tidak menentu dan pada masa sama wang banyak digunakan untuk menjalani rawatan di hospital dan tradisional di merata tempat,” katanya.

Menurutnya, anak sulungnya kini terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan seharian berikutan masalah yang dihadapi dan isteri terpaksa menguruskannya di samping menjaga anak kedua berstatus OKU (Orang Kelainan Upaya) selain menguruskan persekolahan anak-anak lain.

“Saya sedih melihatkan keadaan keluarga sekarang, anak-anak terpaksa berjimat di sekolah dan hanya makan jika ada wang belanja namun saya bersyukur ada pihak memahami dan tampil membantu mereka,” katanya.

Mohd Firdaus berkata, anak perempuan sulungnya, Nurulain bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) tidak lama lagi namun bebannya sedikit berkurangan apabila ada pihak sudi membantu anaknya itu menampung yuran pendaftaran pengajian. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Mohammad Hazam Ismail berkata, pihaknya akan membantu keluarga Mohd Firdaus sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Jika dilihat keluarga beliau ada menerima bantuan bulanan daripada JKM menerusi anak keduanya berstatus OKU, namun ia masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan seharian mereka.

“Saya akan bawa perkara ini kepada pihak berwajib bagi melihat apa yang boleh dibantu malah saya difahamkan mereka memerlukan tempat berteduh dan pernah memohon bantuan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).

“Jadi kita akan lihat dalam sedikit masa lagi berhubung status permohonan yang dibuat dan berharap ia diluluskan secepat mungkin,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*