Dikatakan Ada Hubungan Cinta Dengan Faizal Tahir Akhirnya Sissy Imann Buka Mulut

“Sebenarnya Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba dikaitkan bercinta dengan Faizal Tahir. Padahal, hubungan kami hanya seperti ‘bapa dan anak’. Tak pernah lebih pun,” kata penyanyi Sissy Imann.

Sissy atau nama sebenar Sissy Imann Mohamad Kamil, 23, menyangkal tegas gosip yang mengaitkan dirinya dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Faizal. Katanya ketika ditemui, dia sendiri tidak faham bagaimana gosip tidak berasas dan memalukan seperti itu boleh timbul sewenang-wenangnya. Menurut penyanyi lagu Pesanan Ayahanda itu, meskipun terkejut dengan kemunculan gosip berkenaan dia dan keluarga tidak sesekali melatah.

“Saya dan keluarga tahu, gosip yang muncul tiba-tiba ini tidak benar. Apatah lagi, selama bernaung di bawah label Faithful Music milik Faizal, kami jarang bertemu.

“Malah, saya pun tidak pernah datang ke studio berseorangan tanpa ditemani bapa atau abang. Jadi, kenapa nama saya dikaitkan?,” katanya.

Sissy yang kini menceburi bidang lakonan dan pengacaraan berkata, matlamat utama dia menyertai Faithful Music demi memantapkan hala tuju karier nyanyiannya.

“Saya masih berpegang pada niat asal menyertai Faithful Music. Bahkan, saya sangat menghormati Faizal dan selesa memanggilnya bapa. Dia (Faizal) juga memanggil saya anakanda. Oleh itu, tidak perlu cuba kaitkan kami dengan gosip atau cerita sensasi yang tidak berasas.
“Saya sendiri melihat perhatian diberikan Faizal hanya sebagai bapa kepada anak. Dia banyak memberi nasihat dan berkongsi ilmu berdasarkan pengalaman,” katanya.

Mengulas perkembangan terbarunya, Sissy berkata, dia sangat teruja mendapat peluang menjadi pengacara di belakang pentas untuk dua program hiburan popular.

“Sekarang, biarpun masih dalam usaha memantapkan karier nyanyian tetapi saya juga tidak lepaskan peluang untuk cuba kembangkan bakat dalam cabang seni lain.

“Sebab itu, apa saja tawaran sama ada lakonan atau pengacaraan, mana yang sesuai saya terima. Bagi saya, tidak salah mencuba apabila diberi peluang,” katanya.

Sebelum ini, Sissy pernah membintangi telefilem khas sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) berjudul Misi Penculikan Cinta yang ditayangkan TV3.

Dia juga mendapat kepercayaan berlakon drama bersiri, Tolong Aku Doktor Cinta untuk RTM dan Kariah Cik Pong yang disiarkan pada Ramadan lalu.

Sissy yang aktif sebagai guru muzik dan bermain muzik adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. kekasih Jiwang

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*