Datuk Siti Nurhaliza menangis di konsert Mini Shopee SimplySiti

Tanggal pada  14 September telah berlangsungnya konsert mini Shopee  SimplySiti. Gabungan dua jenama besar itu memperlihatkan peminat penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi berkumpul bagi menyaksikan penyanyi itu membuat persembahan lagu-lagu popularnya yang berdurasi selama hampir dua jam.

Lima Yang Menarik Di Konsert Mini Shopee SimplySiti

Terdapat beberapa singkapan dan info menarik sepanjang konsert ini telah berlangsung. Buat anda yang terlepas, suka untuk kami gambarkan bahawa konsert mini Siti ini seperti kesinambungan dari kejayaan konsert Siti Nurhaliza On Tour pada Mac lalu.

Manakan tidak, di dalam konsert mini kebanyakan lagu yang didendangkan oleh Siti bukanlah dipersembahkan dalam konsert yang lalu. Untuk itu, kami bawakan beberapa singkapan menarik di konsert mini Shopee  SimplySiti.

SimplySiti lancar Produk Baru

Sebelum bermulanya konsert mini itu, SimplySiti terlebih dahulu melancarkan produk baharu mereka yang berasaskan minuman kesihatan Beautessence, BeauSiti.

Buat anda yang berminat,produk ini bakal dijual secara eksklusif di platform Shopee bermula 14 September.

Lebih 1,500 Peminat Banjiri KLCC

Buat julung kali diadakan, Kuala Lumpur Convention Centre menjadi saksi kepada lebih dari 1,500 peminat Siti yang datang dari pelbagai pelusuk tempat bagi menyaksikan sendiri konsert ini berlangsung.

Terdahulu, peminat telah mendapatkan tiket-tiket yang dijual secara rasmi di platform Shopee yang berharga RM450 bagi tiket Diamond dan Gold berharga RM350 yang mana kesemuanya telah habis terjual.

 Siti Nyanyi Kasihku Selamanya Buat Kali Pertama Secara Langsung

 

Dalam konsert mini ini, sebanyak 10 buah lagu telah didendangkan oleh Siti termasuklah sebuah lagu barunya yang berjudul Kasihku Selamanya.Sebagai rekod, Siti telah menyanyikan secara langsung lagu yang juga OST kepada filem Dendam Pontianak ini buat pertama kali di hadapan peminat.

Senarai lagu konsert mini Shopee  Simply Siti,

Medley Jerat Percintaan dan Wajah Kekasih, Medley Satu Cinta Dua Jiwa dan Langkah Di Persada,Disini Ku Berjanji,

Medley Ku Mahu dan Pendirianku,Ku Menunggu,Biarlah Rahsia,Warna Dunia,Kisahku Inginkan,Anta Permana,Kasihku

Selamanya.

 Siti Gagal Menahan Perasaan Sebak 

Siti yang memulakan konsert dengan lagu Jerat Percintaan dilihat gagal menahan air mata nya kerana begitu sebak mengenangkan awal pembabitannya dalam dunia hiburan.

“Saya tak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu itu, tambahan pula ada seorang gadis memakai baju sekolah yang menjadi ‘pendua’ saya di atas pentas, saya terus teringat zaman remaja saya. Saya terbayangkan segala susah senang ketika itu, terkenangkan pengorbanan emak dan arwah abah. Sebab itulah ada bahagian yang saya tak lepas untuk menyanyi  kerana sedih,”

Aafiyah Menjerit Ketika Siti Sedang Membuat Persembahan

 

Ketika Siti sedang mendedikasikan ucapannya buat peminat, kedengaran suara anak kesayangannya, Siti Aafiyah yang secara tiba-tiba menjerit memanggilnya sekaligus membuatkan ribuan peminat terhibur dengan keletahnya.

” Ya Aafiyah.. Ibu janji yang lepas ibu menyanyi ini, ibu ‘bayar habis’. Sabar ya Aafiyah,Ibu nak kerja sekejap”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*