Doa Dr Hafiz untuk anaknya Lana Haura sebelum berpisah dengan Lufya Omar

Kata-kata nasihat dan doa beberapa hari yang lalu dimuatkan oleh Dr.Che Muhammad Hafiz Baharum di halaman Instagramnya sempena harijadinya yang ke 29 untuk anaknya Lana Haura tapi selepas kegembiraan yang bersinar berakhir pula dengan kedukaan bila hubungannya dengan isterinya menemui jalan buntu.

Kapsyen Dr Hafiz untuk anaknya Lana Haura

Daddy2 harijadi daddy esok kan. So Daddy nak hadiah apa sempena hari kelahiran yang ke 29 tahun ni.haura syg.. Daddy taknak apa2 pun cuma apa yg daddy nak adalah daddy nak anak daddy menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat Itu je insya Allah amin ya rabb. 

 

happy birtday doc

Walaupun menyambut harijadi yang ke 29 biasanya disambut dengan kegembiraan namun tidak bagi Dr. Che Hafiz.
Dr. Che Muhammad Hafiz Baharum, 29, akhirnya mengakui sudah mencraikan isterinya, penyanyi Lufya Omar, 34, menerusi aplikasi WhatsApp pada minggu lalu.

Dr. Che Hafiz berkata, dia melafazkan crai selepas rundingan untuk menjernihkan kembali hubungan menemui jalan buntu.

“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk mencraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.

“Biarlah kami sahaja yang tahu punca percraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum,” ujar Dr. Che Hafiz menegaskan pendiriannya.

Dia juga berharap, segala yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain.

“Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain,” katanya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Sumber: MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*