Datin Alyah isteri Ramli MS minat pada Haqiem Rusli

PENYANYI Datin Alyah meluahkan rasa kagum terhadap bakat muda Haqiem Rusli dalam membina kerjayanya dalam bidang seni.

Menurut Alyah, peluang mengenali Haqiem dengan lebih dekat mengubah persepsinya sebelum ini.

Bagi Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 21, dia berterima kasih kepada Alyah kerana sempat berkongsi kata-kata nasihat ketika mereka sama-sama mengadakan persembahan menerusi Konsert Kitak Nang Steady Orkestra RTM baru-baru ini.

“Datin Alyah berkata dia juga pernah lalui pengalaman duka sebelum ini, sebab itu dia memahami saya.

“Saya terharu dengan nasihat yang diberikan penyanyi senior untuk generasi baru seperti saya,” katanya.

Kapsyen Datin Alyah dalam instagramnya,

Saya nak buat pengakuan jujur kat sini,Saya minat dia nihhh.Saya suka cara dia bina empire nya sendiri. Beberapa kali jumpa kami byk berdiam.Tengok tengok ja Tapi kali ni lain.Kami sempat berborak dan dia pandai bergurau juga rupanya.

Ingatkan budak nihhh sejenis serious je.Saya pernah rasa apa yg dia lalui dan saya sgt sgt faham.Saya juga bangga kerana dia kembali berjalan dgn penuh yakin dan mempunyai focus yg tepat.

Semoga Haqiem Rusli dapat melupakan kisah silamnya dan terus melangkah maju kehadapan kerana beliau masih muda dan berbakat besar dalam dunia industri tanahair dan dengan pujian yang dilontarkan oleh Datin Alyah menambahkan lagi semangat Haqiem untuk berjaya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*