Dikatakan tinggal anak-anak dan berseronok di Bali,Ini Jawapan balas Vivy Yusof

Usahawan selebriti Datin Vivy Yusof menjelaskan tidak sepatutnya timbul sebarang isu apabila dia meninggalkan anak-anaknya dan suami untuk bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Kata Vivy, setiap individu yang berpasangan dan berkeluarga memerlukan waktu bersendiri termasuk meluangkan sedikit masa untuk kenalan rapat pergi bercuti.

“Ketika trip saya ke Bali saya mendapat banyak kiriman mesej bertanya bagaimana saya meninggalkan anak-anak dan berseronok. Ibu jenis apa ni dan macam-macam lagi.

“Saya tak rasa menjengkeIkan sebab ibu saya pun sentiasa bercakap hal yang sama dan saya faham, situasi ini bukan biasa bagi generasinya.

“Sejujurnya saya tidak merasakan ia tindakan yang salah pun apabila seseorang ibu menikmati waktunya sendiri.
“Malah, saya fikir ia langkah yang menyihatkan dalam dunia yang mencabar ini dan kita perlu hilangkan str=ss.

“Selagi ia tidak melampaui batas, mendapat kebenaran suami dan anak-anak dijaga dengan baik, ia tidak menjadikan anda ibu yang jhat sekiranya tidak bersama mereka 24 jam,” kata Vivy.

Tambahnya, sepanjang percutian itu, dia kerap menghubungi keluarga terutama anak-anaknya dan membelikan barangan kesukaan mereka untuk dibawa pulang.

“Kami tak putus-putus membuat panggilan video dan setiap kali keluar saya akan membelikan barangan kesukaan mereka.
“Rasanya ini yang setiap ibu lakukan.

“Apabila saya pulang daripada bercuti saya sangat merindukan mereka dan mereka pun begitu.

“Sampaikan kami berpeIukan seharian sambil berkongsi cerita menarik antara satu sama lain,” ujar Vivy lagi.

ivy menyifatkan menjadi seorang ibu adalah perkara yang senstif dan peribadi bagi seseorang wanita.

Malah, tindakan menghkimi individu lain tidak sepatutnya berlaku.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*