Dr Che Hafiz buat laporan polis terhadap Lufya ” Semua tuduhan tak benar”

SELEPAS dilemparkan pelbagai tuduhan yang dianggap keterlaluan, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum membuat laporan polis terhadap isterinya yang juga pelakon Lufya.

Menurut Dr Che Hafiz, 29, dia bertindak membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada minggu lalu untuk menjaga dan membersihkan nama keluarga serta imejnya sebagai penjawat awam.

“Semua tuduhan dia terhadap saya itu tidak benar dan ia keterlaluan,Disebabkan tuduh@n yang dilemparkan itu juga telah menjejaskan imej saya dan masyarakat mula memandang saya dengan negatif.

“Jadi, saya bertindak membuat laporan polis terhadapnya demi menjaga dan membersihkan nama keluarga serta imej saya sebagai seorang doktor,” kata Dr Che Hafiz kepada mStar.

Sebelum ini, masalah rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian netizen apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagram.

Malah, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar juga mend@kwa suaminya itu telah melakukan pengani@yaan terhadap dirinya.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz enggan mengulas lebih lanjut mengenai masalah rumah tangganya dengan Lufya kerana kes tersebut dalam siasatan polis.

Bagaimanapun, Dr Che Hafiz sudah bersedia sekiranya perlu ke mahkamah untuk menyelesaikan kemelut antara mereka memandangkan dia mempunyai bukti bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar.

“Saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai perkara ini sebab kes sudah dalam siasatan polis. Kalau saya bagi banyak lagi kenyataan, bimbang timbul masalah lain pula.

“Jadi, apa-apa pun kita tunggu saja keputusan siasatan itu. Tapi, saya dah bersedia naik m@hkamah untuk selesaikan masalah kami sebab saya ada bukti yang kukuh segala tuduh@n itu tidak benar,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Che Hafiz sebelum ini mendedahkan dia sudah mencer@ikan isterinya itu menerusi aplikasi Whatsapp atas permintaan Lufya sendiri.

Bagaimanapun, dinafikan Lufya yang mend@kwa dia tidak menerima sebarang mesej lafaz cer@i dari suaminya itu.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*