‘Letak nama Mrsm jenama lipstik’ , Neelofa dipuji ikon gadis Melayu

Walaupun saya taklah minat sangat utk follow artis-artis semua ni, tapi Neelofa ialah antara yg agak menarik perhatian.
Bekas pelajar MRSM Langkawi ini membawa aura positif untuk anak-anak muda.

Dia punya bakat, kecantikan, kecerdasan dan wawasan yg boleh diikuti. Dalam Peperiksaan SPM pun, Neelofa ialah pelajar yg lulus dengan straight A.

Semasa saya berkunjung ke MRSM Langkawi, seorang guru menunjukkan alat-alat pendingin hawa di surau maktab. Sumbangan Neelofa, katanya.

Alhamdulillah. Dia contoh pelajar yg tidak lupa di mana dia bermula. Walau dia sudah bergelar jutawan dan mencapai pelbagai kejayaan dan meraih pelbagai pengiktirafan, MRSM kekal tempatnya bertatih.

Untuk rangkaian produk lipstik terbarunya, dia tidak lupa meletakkan MRSM sebagai salah satu kod lipstik di bawah jenamanya, bersama beberapa lagi nama penting yg menjadi mercu tanda jejak-jejak kejayaannya.

 

Tahniah, Neelofa. Semoga terus berjaya,icon gadis Melayu yang berjaya mengibarkan sayap sendiri tanpa bergantung kepada yang lain.

Video

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : fb wan shahriza

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*