Main bowling sekali,Bella Astillah dan Aliff Aziz masih keluar bersama

Mungkin netizen sudah mulai muak dengan berita keg@galan rumah tangga penyanyi dan juga pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz dengan bekas isterinya, Bella Astillah. Satu demi satu kisah antara mereka telah dirungkai dan menjadi perhatian netizen.

Selepas berpisah, Aliff dilihat banyak menghabiskan masanya di Singapura dan Bella pula semakin aktif dalam industri seni.

 

Main bowling sama-sama
Namun begitu, menerusi Instagram mereka, kelihatan kedua-duanya memuat naik video yang sama di IG story iaitu sedang bermain bowling.

Walaupun tidak menunjukkan muka masing-masing, namun jelas sekali itu adalah mereka berdua kerana memuat naik perkara yang sama di media sosial.

 

 

 

 

Bawa anak jumpa daddy dia
Namun begitu, kehadiran Bella ke Singapura berkemungkinan besar hanya untuk membawa anak tunggalnya bertemu Aliff Aziz disana.

Hal ini dibuktikan menerusi muat naik Aliff yang terbaru di Instagram yang memeluk dan mencium anak lelakinya sambil menyatakan rasa tidak sabar bertemu permata hatinya itu.

 

 

View this post on Instagram

 

The little angel that never fails to light up my darkest days. Daddy loves you buddy. Can’t wait to see you soon. @aydenadrean17

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

Kita doakan yang baik-baik pada kedua-dua artis ini semoga demi masa depan anak mereka dapat berbaik semula dan kembali menjadi suami isteri demi membina penghidupan baru.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : Ig Bella astillah,Aliffaziz91   kredit : ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*