Pendedahan ikhlas Tajul Ariff kahwin di usia 19 tahun di Hot FM

Permintaan Isteri Untuk Rahsiakan Perkahwinan, Sudah 2 Tahun Bergelar Suami Isteri.

Kecoh industri muzik sejak beberapa lalu apabila penyanyi, Tajul Ariff sudah pun mengesahkan dirinya sudah bergelar suami kepada Nurul Shamieza Eddie yang dikahwininya kira-kira dua tahun lalu.

Malah, hal sama turut menjadi bualan netizen apabila ada yang turut mendedahkan isterinya itu kini sedang hamil anak pertama.

Enggan meneruskan spekulasi, penyanyi yang kini muncul menerusi single terbaru, Ibu itu tampil memberikan penjelasan, isterinya kini hamil lapan bulan dan dijangka bersalin bulan hadapan.

Lalu baru-baru ini, bintang tersebut telah menjadi tetamu di radio Hot FM menerusi slot Geng Pagi Hot bersama Shuk, Haziq dan Shuib dan sekali gus, pemilik nama lengkap Tajul Ariff Noor Md.Shari ini sekali lagi berkongsi hal sama.
Menurut penyanyi berusia 21 tahun itu, dia terpaksa merahsiakan status perkahwinannya atas permintaan isteri yang mahukan privasi.

“Masa tu Tajul baru nak bina nama baru nak cari tapak nak masuk dalam industri. Masa tu baru nak cari makan jadi Tajul pun tak nak lah terus ‘publish’, buat senyap-senyaplah dulu,” terang Tajul.

Ditanya sama ada dia berbuat demikian kerana bimbang pandangan peminat, Tajul ada jawapannya sendiri.

“Bukan saya nak sorok ke apa tapi kita nak jaga privasi sebab isteri saya pun nak kan privasi,” jelasnya ringkas.

Menerusi potongan video kedua, Tajul turut mendedahkan dia mendirikan rumah tangga pada usia 19 atas sebab tertentu.

“Saya rasa benda ini jodoh tapi sebenarnya ini adalah permintaan keluarga isteri Tajul. Arwah bapa kepada isteri pernah berpesan, supaya kami berkahwin.

“Masa tu arwah ayah kepada isteri saya tengah nazak dan itu merupakan permintaan arwah sebelum dia meningg@l,” kata Tajul seperti yang dipetik.

Sementara itu menerusi Instagram miliknya, Tajul sudah pun berkongsi wajah isteri buat peminat.

 

View this post on Instagram

 

Gmbar zaman bila ni? Kurusnya pipi you time ni @icaaeddie hahaha! #salammagrib #tajul #shamieza #ibu

A post shared by Official account . Tajul (@tajulofficial) on

Bakal bergelar bapa muda tidak lama lagi, semoga semua urusan penyanyi kelahiran Felda Sendayan, Seremban ini bersama isteri dipermudahkan.

Sumber: Instagram Hot FM, Tajul Ariff kredit : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*