Kental datang kenduri bekas kekasih suami ex pulak angkat tangan peace

Bercinta bertahun lama, rupa-rupanya sekali bukan jodoh. Itulah lumrah berkasih, belum tentu lagi teman lelaki atau teman wanita itu adalah pasangan kita.

Begitulah juga dengan kisah seorang pemuda, apabila gelagat yang menghadiri majlis perkahwinan bekas teman wanita telah dirakam sebelum dimuat naik ke Twitter oleh seorang pengguna bernama, @theroutinesya.

Sedih ex dah kahwin

Boleh dilihat daripada raut wajah pemuda tersebut bagaikan menahan gelora yang berada di jiwa, apabila melihat bekas teman wanitanya dan pasangannya semakin menghampiri, pemuda itu lalu berjabat tangan si suami bekas kekasih.

Luahan hati pemuda ini,

Saya dah lama putus hubungan dengan dia dan kami hanya berkawan. family dia pun rapat juga dengan saya. Kami pun tiada masalah apa-apa.

“Dalam masa yang sama, suaminya tahu saya dengan dia hanya berkawan sahaja.

“Soal jodoh itu, dah tertulis jodoh dia dengan suaminya yang sekarang. Waktu saya datang majlis perkahwinan dia, dia pun nampak terkejut tengok saya datang.

“Pada mulanya, ikutkan saya tak nak pergi tapi saya fikir keluarga dia baik dengan saya dan kenapa saya perlu gaduh kan sedangkan kami baik aje.

Malah, suami kepada bekas teman wanitanya itu juga kelihatan sempat memberi reaksi dengan senyum dan mengangkat tangan simbol ‘peace’ selepas perasan dirinya dirakam.

Hanya yang pernah melalui akan faham

Gelagat lelaki tersebut mula mendapat perhatian netizen, ada yang kagum dengan ketabahan hatinya pergi juga ke majlis bekas kekasih dan ada juga seperti tidak menyarankan pergi jika ia mengganggu emosi.

 

Tak payah datang kalau tak nak panas hati

Jangan risau, ko lagi hensem dari semua

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : twitter theroutinesya  kredit : ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*