Fizo luah cerita sebenar agar buka mata orang ramai

Setiap sisipan kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada ujian dan cabaran. Justeru, hanya hati yang cekal mampu menangani segala kesulitan dan kesukaran itu.Setiap ujian dalam kehidupan perlu ada penyelesaiannya dan jarak antara masalah serta penyelesaian antara dahi dengan tempat sujud.

Manusia yang lemah tidak akan mampu melalui hidup ini tanpa pertolongan Allah SWT. Lalu, dengan cinta Allah SWT akan mendekatkan manusia kepada-Nya seterusnya memberi kekuatan mendepani kesukaran dalam hidup ini.

Menjadikan 7 Ogos lalu sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Fizo Omar telah selamat mengerjakan Haji bersama rakan-rakan dan para jemaah yang lainnya.

Kongsi pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar di Youtube rasmi Zayan My, keberangkatannya ke Tanah Suci itu menjadikan dia lebih matang dalam kehidupan.

“Apabila kita sampai di sana (Mekah), kita tak ada apa-apa pun ertinya kalau ada pangkat seperti VVIP, artis, jutawan dan banyak duit sekali pun, kita semua sama sahaja di sisi Allah. Ketika itu umat manusia hanya tuduk, mengadap Allah dan mintalah (doa) pada Dia.

“Kita terlalu kejar dunia selama ini, sampai sana, kita akan lihat kebesaran Allah dan bayangkan berjuta umat manusia di sana,” katanya sebak.

Sepanjang di Tanah Suci, bintang filem 7 Petala Cinta ini juga sempat berkongsi pengalamannya menguruskan jen@zah yang tidak dikenali di sana.

 

“Dalam berjuta orang di sana, ada orang tarik saya untuk uruskan jen@zah seorang individu yang saya tidak kenal.
“Saya mandikan, kaf@nkan dan solat jenazah tersebut. Saya juga masuk ke liang l@had untuk kebumikan jen@zah yang sebenarnya saya tak kenal langsung dia.

“Apa yang Allah nak tunjukkan sebenarnya pada saya?,” fikirnya sejenak. Bagaimanapun, Fizo yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Sebenarnya apabila Allah ketuk pintu hati kita untuk pergi Haji ketika kita masih muda dan bertenaga adalah kerana Dia nak orang muda pergi bantu orang lain permudahkan kerja-kerja Haji seperti orang-orang tua yang tidak berdaya,guna kerusi roda, guna tongkat dan ada yang kena papah.

Tapi mereka bersungguh-sungguh untuk ke Tanah Suci,”kongsinya yang menganggap ia sebagai satu simbolik daripada Allah.

Bagi sesetengah orang bukan mudah bersujud meminta kepada-Nya kerana untuk sujud bukan kerja dahi tetapi kerja hati. Oleh itu, hati yang jauh dari Allah SWT sudah pasti tidak mampu bersujud kepada-Nya, manakala hati yang ada rasa cinta akan mudah merintih, meminta dan bersujud kepada-Nya.

Sesungguhnya dalam hati itulah wujudnya sebuah cinta hakiki iaitu cinta yang hanya kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya. Apabila kita memberi cinta kepada Allah SWT secara sepenuhnya, cinta terhadap perkara lain tidak lagi bermakna kerana cinta Allah SWT itu sudah mencukupi.

Tetapi lumrah kehidupan sesuatu yang berharga itu bukan mudah untuk diperoleh. Umpamanya permata dan kaca, pastinya kaca lebih senang dibeli berbanding permata. Begitu juga pasir dan emas, pasir ada di merata-rata sedangkan emas hanya yang berkemampuan mampu memilikinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

Kredit: MH / Video : Youtube Zayan My kredit : monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*