“Assalamualaikum..” Pesanan terakhir Pitt Hanif untuk isterinya Farah dan anak-anak

“FARAH boleh buat, Farah boleh ‘handle’ jaga anak-anak semua…itu yang sering dia cakap kepada saya. Tetapi saya masih perlukan dia.

“Saya doakan ada keajaiban dan dia ditemui selamat. Apa-apa pun saya kena terima dan reda.”

Kata Farah Ahmad, 42, isteri kepada pengarah drama dan filem Firdaus Hanif, 43, yang dikhuatiri lem@s ketika sedang memancing di Sungai Jelai, di Lipis, semalam.

Farah berkata, dia bersama tiga anak perempuan berusia tujuh hingga 16 tahun sentiasa berdoa terdapat keajaiban dalam operasi dan menyelamat suaminya.

“Saya dapat panggilan telefon daripada rakan dan terus ke lokasi kejadian petang semalam.

“Dia tidak maklumkan untuk keluar memancing pada semalam kali terakhir dia menghantar pesanan menerusi aplikasi Whastapp (WA) pada Khamis.

“Assalamualaikum ny@wa-ny@wa ayah. Itu pesanan terakhir yang dia hantar kepada kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Firdaus yang juga dikenali Pitt Hanif juga anak kepada pelakon popular Fauziah Nawi dikatakan memancing bersama seorang lagi rakannya.

Bagaimanapun, bot gentian kaca dinaiki mereka dikatakan pecah sebelum dia dihanyutkan arus sungai, manakala rakannya dapat diselamatkan.

Harian Metro difahamkan, Firdaus berada di daerah ini bagi menyiapkan penggambaran filem ‘Coast Guard’.
Sementara itu Farah berkata, beliau sememangnya mengetahui minat suaminya yang suka memancing tetapi jarang bertanya kerana mengenali suaminya yang tidak suka diganggu apabila bekerja.

Katanya, suaminya sudah memulakan penggambaran filem itu sejak dua bulan lalu dan hanya mengambil cuti pada hari raya Aidiladha.

Sementara itu, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula pada 8 pagi, hari ini.

Katanya, operasi diperluaskan di sepanjang Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis sejauh 30 kilometer hingga ke Jerantut Feri, Jerantut.

“Seramai 70 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi bersama kita bantu mencari mangsa. Operasi turut membabitkan unit Pasukan Penyelam di Air (PPDA) yang melakukan selaman di beberapa sektor di kenal pasti,” katanya.

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*