“Pitt maafkan mama” Fauziah Nawi

“Pitt, mama minta maaf sebab mama tak dapat jaga Pitt sebagaimana mama janji dengan arw4h baba dulu. Berakhir sudah kehidupan anak saya di usia 43 tahun,” kata pelakon popular Fauziah Nawi, 66 selepas may4t anaknya yang juga pengarah filem Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43 atau Pitt Hanif ditemui di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang, kira-kira 4.25 petang tadi.

Penemuan itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pengarah filem Coast Guard itu dikhuatiri lem4s ketika memancing di sungai terbabit, 11 pagi, semalam.

 

 

Fauziah menerusi siaran langsung di Facebook miliknya hari ini menzahirkan kesedihan atas pemergian anak kesayangannya.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Saya Fauziah Nawi mengumumkan bahawa jenaz4h anak saya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif ditemui dalam keadaan sangat elok.

“Saya kini berada di rumah dan Alhamdulillah menurut adik saya, Mohd Fauzi Nawi yang berada di lokasi m4yatnya sudah ditemui.

“Anggota bomba bertugas memberitahu dia tak pernah jumpa jen4zah secantik itu biarpun sudah dua hari berada dalam air,” katanya.

 

 

Fauziah dalam pada itu menzahirkan penghargaan buat semua pihak yang mengirimkan doa dan ketika ini tidak dapat menjawab panggilan telefon. Katanya, jenaz4h sudah dibawa ke Hospital Kuala Lipis dan selepas itu akan dibawa pulang ke rumah.

“Saya tidak tahu sama ada jenaz4h akan dibawa ke rumah saya di Taman Melawati (Kuala Lumpur) atau rumah mentuanya iaitu tempat tinggalnya bersama keluarga.

“Innalillahiwainnailaihirrajiun, berakhir sudah kehidupan anak saya. Allahuakbar, Pitt,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga memaklumkan jenaz4h kini berada di Hospital Kuala Lipis untuk bed4h sias4t sebelum dimandikan, dik4fan dan disolatkan.

 

 

Menurutnya, jenaz4h kemudian akan dibawa pulang ke rumah Fauziah Nawi di Taman Melawati sebelum dikebvmikan. Buat masa ini, pihak keluarga belum memutuskan di mana dan bila jen4zah akan dikebvmikan kerana perlu melalui prosedur di hospital terlebih dahulu.

Portal berita akhbar ini semalam melaporkan Pitt dan Pengarah Fotografi filem Coast Guard, Sham Mokhtar, 38 menaiki bot fiber untuk memancing di sungai itu sebaik menamatkan penggambaran filem pada jam 9 pagi.

Bot dinaiki bagaimanapun merempuh tiang sebuah jambatan sebelum ia terbalik dan terbelah dua.

Sham dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi tebing namun Pitt dibawa arus deras sebelum tenggelam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : lepatpisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*