Foto berpelukan Zul Ariffin dan Intan Najwa,akhirnya PU Syed buka mulut “lebih baik nikah sahaja”

PENYEBARAN foto aksi mesra memperlihatkan pelakon Zul Ariffin memeluk dan mengangkat Intan Najuwa ketika sedang bermandi-manda di pantai menerima teguran Pencetus Ummah (PU) Syed.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, berkata tindakan yang dilakukan dua selebriti itu bertentangan dengan syarak dan adalah lebih baik jika mereka berkahwin secara halal.

“Teguran terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa, tersebar gambar kalian berdua berpelukkan seakan suami isteri di dalam air. Ambe (saya) tak mahu kongsikan gambar tersebut kerana ianya sangat tidak senonoh walau apa jua alasan.

“Sebaiknya kalian bernikah sahaja ¬†dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya. Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yang halal dan h@ram apatah lagi kita semua mengatakan takut dihumban ke ner@ka dan inginkan masuk ke syurga.

“Namun kita lakukan perkara yang sebaliknya, seolah-olah teringin benar ke ner@ka. Adakah terlalu murah perintah dan larangan Allah ini sehingga kalian berani melanggarnya? fikir-fikirkanlah!” katanya.

 

 

PU Syed memuat naik teguran terhadap dua pelakon ini di Instagram.

PU Syed membuat teguran secara terbuka itu menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Pada Khamis, nama aktres Intan Najuwa sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila beberapa keping foto aksi mesranya dengan pasangan gandingannya, Zul Ariffin tersebar di media sosial.

Foto tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dan berpendapat kelakuan itu tidak sesuai bagi wanita yang sudah bertunang.

Dalam pada itu, PU Syed turut menyeru kepada pihak berwajib untuk mengeluarkan satu garis panduan yang harus diikuti oleh golongan selebriti.

Aksi mesra dua pelakon ini menerima kecaman netizen.

“Ambe (saya) rasa perlu Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu membuat satu garis panduan.
“Bahkan menggubal undang-undang khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yang negatif ini agar kembali kepada landasan yang sebenar.

“Takzir (hukuman) sangat baik ke atas mereka¬† AdeAmbeT@kut,” ujarnya.

Sehingga kini, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan dan kenyataan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mengenai foto tersebut masih tidak berjaya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*