Seorang ayah ‘menangis’ tak mampu bayar duit gambar konvo anak,pakej paling murah RM20

Sudah menjadi trend masa kini apabila pihak tadika ataupun pra sekolah untuk mengadakan majlis graduasi kepada pelajar-pelajarnya pada hujung tahun.

Sudah semestinya majlis tersebut memerlukan ibu bapa kanak-kanak tersebut mengeluarkan sedikit modal bagi menampakkan anak mereka bergraduasi.

Ambil gambar graduasi sekolah tadika

Namun, umum sedia tahu bahawa majlis yang diadakan kandang kala memerlukan belanja yang agak banyak dan ada sesetengah ibu bapa tidak mampu untuk melunaskan bayaran-bayaran tambahan untuk program-program seperti itu.

Menerusi satu perkongsian daripada warga Twitter, seorang lelaki menceritakan bagaimana seorang bapa yang terpaksa mengajak anaknya untuk pulang ke rumah selepas majlis graduasi itu sedangkan mereka patut menghadiri sesi bergambar disebabkan masalah kewangan.

 

 

Paling murah pakej RM20, tapi bapa tak bawa duit

 

 

Motosikal pinjam dari boss

Lelaki yang dikenali sebagai Irwan telah terdengar kata-kata bapa tersebut dan berasa terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi memberikan kegembiraan diwajah kanak-kanak itu.

Dia telah mengejar anak-beranak tersebut yang sedang menuju ke parkir motosikal sambil mempelawa kanak-kanak itu  bergambar bersama anaknya di dalam studio.

 

Menangis dia peluk gua…

Lebih menghibakan, menurut bapa tersebut, motosikal yang ditunggangnya adalah motosikal milik majikan yang memberi pinjam seketika bagi melihat anak sulungnya bergraduasi.

Selesai sesi bergambar, Irwan menyatakan betapa terharunya bapa muda tersebut dan memeluknya sambil mengucapkan ribuan terima kasih.

Salute bro

Sehubungan dengan perkongsian yang menyentuh hati itu, rata-rata warganet telah terpanggil untuk meninggalkan komen di ruangan posting Irwan.

Mereka mengucapkan terima kasih kerana Irwan yang sanggup berkongsi kegembiraan dikecapinya kepada individu tidak berkemampuan. Mereka turut mendoakan agar Irwan dan bapa kepada kanak-kanak tersebut dimurahkan rezeki dan sentiasa diberi kebahagian di dunia  serta di akhirat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : Irwan  via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*