Connect with us

Dunia

Menarik! Lihat Rupa Watak2 ‘Spongebob’ Dalam Versi Manusia

Published

on

Siri kartun Spongebob Squarepants yang sering dimainkan di saluran Nickelodeon dan TV9 telah menjadi kegemaran ramai, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Kenyataannya, rancangan kanak-kanak yang sempurna adalah hiburan yang boleh ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat. Sesuatu penulisan dan visual perlulah cukup menarik untuk orang kanak-kanak sambil turut dapat menghiburkan penonton dewasa.

Kombinasi itu adalah sangat sukar untuk direalisasikan, tetapi Spongebob Squarepants berjaya mengendalikannya.

Watak-watak seperti Spongebob, Patrick, Mr.Krab, dan Plankton yang digambarkan dengan personaliti lucu dan meIampau berserta ragam mereka yang tidak masuk akal dapat membuat sesiapa sahaja ketawa.

Di samping itu terdapat juga banyak jenaka halus dan topik yang disentuh yang hanya dapat difahami oleh orang dewasa.

Jika baru-baru ini Nickelodeon telah mengumumkan kolaborasi dengan Netflix untuk menghasilkan filem spinoff tentang Squidward, ramai yang tidak tahu bahawa sambutan memberanngsangkan yang diterima juga telah membawa kisah Bikini Bottom ke muzikal Broadway.

Lebih menarik, watak-watak dalam muzikal tersebut bukan dilakonkan dengan sut kostum, tetapi dengan menterjemahkan penghuni Bikini Bottom kepada versi manusia.

Kedatangan Spongebob ke Broadway jelas menandakan bahawa kartun itu bukan sahaja sesuai untuk penonton cilik. Malah David Bowie juga sempat menuliskan lagu untuk persembahan muzikal itu sebelum dia meninggaI.

Persembahan teater muzikal itu akan ditayangkan pada Ahad pagi di saluran Nickelodeon.

Sumber: Twitter via HCL

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending