Connect with us

Dunia

Pameran Barangan Ikea Diubahsuai Pelanggan, Hasilnya Mencuit Hati!

Published

on

Di Malaysia sendiri, ‘kedai’ perabot Ikea sering menjadi tumpuan ramai. Baik untuk melihat-lihat pameran barangannya, membeli-beIah atau makan makanan terkenal di restorannya iaitu Meatball. Kedai perabot berkonsepkan layan diri ini memberi peluang kepada pelanggan untuk melalui proses membeli-beIah yang tenang.

Manakan tidak, di sini ia berkonsepkan bebas. Bebas memilih, mengambil produk dan membayarnya juga boleh dilakukan sendiri di kaunter khas. Lebih menarik apabila anda boleh berjalan-jalan di ruang pameran untuk dapatkan inspirasi sambil berangan.

Bila sudah pulang ke rumah, saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Inilah masanya untuk menguji kemahiran dengan memasang perabot yang dibeli sendiri. Kepuasannya lain sekali dari beli perabot yang sudah siap tau!

Biarpun begitu, di negara luar beberapa foto menunjukkan pelanggan mengubah suai barangan dalam ruang pameran membuatkan ramai terhibur. Menggunakan patung lembut berbentuk ikan jerung, beberapa foto itu yang diubahsuai kedudukannya memang boleh buat berdekah!

Berikut antara foto-foto yang dihimpunkan:

Apa dibuatnya mandi kat atas tu?

Kalau ya pun nak pakai baju, keluarkanlah dulu penyangkutnya.

Sakan pose masa masak nampaknya tu?

Buat rileks je dia baca buku kat atas tu!

Kreatif betul pengunjung Ikea yang buat semua ini. Macam-macam gelagat patung ikan jerung ini dapat dilihat ruang pameran Ikea. Macam duta bagi kedai perabot ini pun ada!

Sumber: 9gag via HCL

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending