Dunia

Tular Video Pendaki ‘Meniti’ Atas Puncak Gunung, Netizen Kecut Perut

Dari gunung-ganang, bukit-bukau, mahupun lautan luas atau tanah rata, alam semula jadi mempunyai banyak misteri yang tidak diketahui manusia.

Kerana itulah mengembara penting untuk membuka mata kita kepada keindahan dan keajaiban yang terdapat di atas muka bumi ini.

Selain mengajar kita untuk keluar dari zon selesa, ketahanan mental dan fizikal kita dapat diuji apabila berada di dalam keadaan yang tidak selesa.

Jauh perjalanan luas pemandangan.

Seperti kata pepatah, ‘jauh perjalanan luas pemandangan’, mengembara ke serata dunia memberikan kita pengalaman yang berharga, di samping meluaskan pandangan kita terhadap kehidupan.

Dengan melakukan aktiviti lasak seperti menyelam skubamendaki gunung, dan skydiving, kita berpeluang menghayati keindahan dan keunikkan landskap planet ini.

Seperti satu video yang tular baru-baru ini, sepasang pengembara telah merakamkan akssi pendakian gunung mereka yang sungguh mencaabar.

Dalam klip berdurasi 1 minit, pendaki gunung itu dilihat sedang berpaut pada batu-batu di atas puncak gunung.

Sambil mereka berusaha untuk meniti di atas permukaan yang sempit dan tidak rata, perbezaan cuaca dan pemandangan yang menakutkanjuga dapat dilihat di antara dua bahagian gunung itu.

Aksi mendeb@rkan dan berbahaya itu membuatkan rata-rata netizen berasa gayyat dan kecut perut melihat ketinggian dan ketidakstabilan pendakian gunung itu.

Ada juga yang garu kepala memikirkan bagaimana kedua-dua pendaki itu mengikat kaki mereka dengan tali keselamatan dan memakai helmet, seolah-olah peralatan itu dapat menyelamatkan mereka.

Sumber : Himpunan Cerita Lawak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *