Hiburan

“Selamat Bercuti!” – Dr Amalina & Kekasih Bercuti Di Kenya

Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri mencuri perhatian wargamaya apabila memilih Kenya sebagai destinasi percutian.Menerusi laman sosial Instagram, Dr.Amalina ditemani kekasihnya memuat naik foto bersama ketika berada di dalam penerbangan.

“Percutian pertama untuk tahun ini – Kenya!” tulis Amalina sebagai kapsyen.Menariknya lagi, Dr. Amalina menaiki penerbangan kelas pertama ke negara di benua Afrika itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya berasa teruja apabila Dr. Amalina memilih negara Kenya yang terkenal dengan keindahan safarinya.Malah, ramai juga yang mengucapkan Dr. amalina menikmati percutiannya.

“Selamat bercuti doc!” komen seorang wargamaya.

“Have fun Dr. Enjoy the safari,” kata seorang wargamaya.

“Happy holiday Dr. Semoga bahagia selalu dan perhubungan yang dibina sampai ke jinjang pelamin,” doa seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Dr. Amalina telah meraih anugerah Edisi Throwbaek 2019 di Konsert Throwbaek 2019 di atas pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun.

sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *