Connect with us

Hiburan

“Terimakasih Atas Kasih Sayang Ini” Elly Bersyukur Atas Sambutan Keluarga Kuala Krai,9 Foto Indah Jadi Perhatian

Published

on

Mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom atau Elly Mazlein semalam menjadi perhatian ramai lagi apabila majlis dia dan pasangan yang seterusnya berlangsung pula di Kuala Krai.

Penyanyi dan pelakon popular itu selamat diijabkabul dengan jejaka pilihan, Cikgu Azlan pada 18 Januari lalu manakala semalam pula berlangsungnya majlis sambut menantu di kampung suaminya itu.

Majlis sambut menantu

 

Ternyata, Kak Lina disambut dengan cukup meriah oleh keluarga pihak lelaki di Kuala Krai dan foto-foto moment berkenaan juga dikongsikan menerusi laman Instagram milik selebriti ini.

Kak Lina juga kelihatan sangat cantik dengan mengenakan tudung disamping selebriti ini juga sangat jelita memakai busana dari Adam R Lamaison dan manis sed0ndon dengan anak dan suami dengan warna serba putih.

 

Setiap perkongsian daripada selebriti ini menjadi perhatian peminat dan pengikut dilaman Instagram dan Elly Mazlein juga dilihat bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga Mertuanya.

“Thank you sudi menyambutku wahai keluarga mertua. Thank you kerana bagi Lina rasa semua ni.

Thank you atas kasih sayang ini. Terasa diri disayangi. Alhamdulillah. 28 January 2020.”

Ini antara foto dikongsikan pelakon Kampung People yang membuatkan rata-rata peminat dan pengikut turut tumpang gembira dan kecantikan selebriti ini juga menerima pujian ramai.

Disambut meriah

 

 

 

View this post on Instagram

 

Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua.. Tq kerana bg lina rasa semua ni ..Tq atas kasih sayang ini .. Terasa diri disayangi Alhamdulillah 28 January 2020 Modern Kurung dari @adam.r_lamaison . Make up Gencuuuu agitchuuuuuu dari @jimmycouture . Majlis Sambut Menantu Venue Kuala Krai , kelantan Wedding Decoration & Main Table @mravi_zayugi74 Bride & Groom Attire @adam.r_lamaison Baju kurung sefhia @adam.r_lamaison Wedding cake @Broyee_ohhmycake #MajlisSambutMenantuAzlanEllyMazlein

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : iaellymazlein via HCL

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending