Connect with us

Hiburan

“Saya Suruh Dia Berhenti Kerja Dan Akan Bayar Gaji Dia” Abam Nak Isterinya Sepenuh Masa Suri Rumah

Published

on

Pelakon dan pelawak, Abam Bocey mengakui bahawa dia meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh luar.

 

 

“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.

“Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia.

Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,” katanya ketika ditemui

sewaktu sidang media teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Menurut Abam lagi, gaji yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tanpa termasuk keperluan nafkah lain.

“Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia.

“Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain,” katanya yang memberitahu isterinya merupakan seorang akauntan sebelum ini.

 

Kata Abam lagi, dia lebih suka jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh keluarga sendiri.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan

bulan.

Comel Anak

Selain nafkah zahir dan batin, para suami harus tahu apa yang perlu disediakan kepada isteri supaya perhubungan anda mendapat keberkatan.

Sebaiknya, suami sediakan rumah kepada isteri untuk menginap sebaik sahaja anda diijabkabulkan.

Rumah yang disediakan tidak perlu besar dan mewah, namun cukup sekadar selesa dan bersih untuk anda berdua mengikut kemampuan suami.

Mungkin ada di kalangan suami yang leka apabila isteri menggunakan wang saku yang dibekalkan suami untuk membeli makanan, padahal sepatutnya suami memberi wang berasingan untuk tujuan itu.

Namun, tidak salah sekiranya isteri menggunakan wang sendiri asalkan dia redha, dengan niat tidak mahu membebankan suami.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending