Connect with us

Semasa

Ada Sorang Pelajar Malaysia Dapat Pulang Dari China Tapi Rupanya Bukan Mudah

Published

on

AHLI keluarga Nurul Atiqah Adanan, pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Shandong, China, menarik nafas lega apabila selamat tiba di Beijing sebelum dijadual berlepas pulang ke negara ini, malam esok.

Adanan Long berkata, anaknya tiba kira-kira 1.15 tengah hari tadi (waktu tempatan) dengan menaiki kereta api subway atau kereta api bawah tanah dari Jinan selepas

rancangan awal untuk menggunakan kapal terbang ke Beijing terpaksa ditukar apabila lapangan terbang di Jinan, Shandong ditutup.

Katanya, perjalanan menaiki kereta api subway adalah ikhtihar terakhir biarpun anak sulungnya itu menyedari risiko yang bakal ditempuh berikutan penularan w4bak kr0ona virvs baharu (2019-nCoV) di beberapa wilayah di China.

“Biarpun berisiko, yang penting Atiqah keluar dari wilayah berkenaan.

Alhamdulillah anak saya dah selamat sampai di Beijing tengah hari tadi selepas bertolak dari Jinan yang mengambil masa dua jam.

“Atiqah beritahu dalam perjalanan dari Jinan ke Beijing, dia seorang saja penumpang dalam koc kelas pertama kereta api subway berkenaan.

“Atiqah dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.55 malam esok, penerbangan yang mengambil masa lapan jam,” katanya ketika ditemui di Langkawi, hari ini.

Nurul Atiqah, 26, penuntut tahun dua Sarjana Pengajian China sudah membeli tiket penerbangan ke Bangkok, namun masalah timbul selepas Thailand tidak menerima penumpang dari China.

Adanan berkata, dia akan ke Kuala Lumpur untuk menyambut Atiqah.

“Paling penting Atiqah selamat sampai ke Kuala Lumpur, sekiranya dia perlu diku4rantin tidak apa, kami redha.

Kami sekeluarga berharap perjalanan Atiqah akan dipermudahkan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending