Viral

Tvlar Kebolehan Adik Ini Bersiul Macam Bunyi Rekoder Akhirnya Abangnya Buka Mulut Apa Sebenarnya Berlaku

“AKU harap dia try America’s Got Talent”

Demikian komen netizen yang meluahkan rasa kagum melihat bakat seorang remaja lelaki yang mampu melantunkan bunyi umpama alat muzik rekoder.

Dalam vide0 berdurasi 18 saat yang dikongsikan seorang pengguna Twitter bernama Izzfan, seorang remaja lelaki menggunakan suaranya melantunkan bunyi siulan lagu tema filem Titanic, My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion.

Perkongsian itu menjadi tvlar di laman sosial tersebut di mana sehingga kini ia meraih 29,500 retweet selain dibanjiri komen netizen yang memuji bakat remaja lelaki berkenaan.

“Talented boy. Boleh cover banyak lagi lagu rek0der,” komen seorang pelayar.

“Sebiji macam bunyi main rekoder,” komen netizen lain pula.

 

Vide0 yang dimuat naik oleh seorang pelayar Twitter mengenai bakat seorang remaja lelaki menjadi tvlar.

Berkongsi cerita dengan mStar, abang kepada pelajar lelaki berkenaan, Muhammad Jeffrey Mhd Nasir berkata adiknya yang hanya mahu dikenali sebagai Wan dikesan mempunyai kebolehan demikian sejak berusia 10 tahun.

“Saya perasan dia selalu menonton vide0 Funny Memes Compilations di YouTube sejak usianya 10 tahun.

Tak tahulah nak kata ia bakat tersembunyi atau kebolehan, tapi dia memang suka tengok YouTube terutama video memes.

“Ia kedengaran seakan-akan rekoder mungkin disebabkan suaranya masih lagi belum bertukar seperti suara orang dewasa

sebab dia baru berusia 13 tahun,” katanya sambil menambah, dia sama sekali tidak menyangka vide0 tersebut menjadi tvlar di laman sosial.

 

 

Muhammad Jeffrey, abang kepada remaja lelaki berbakat bernama Wan turut tidak menyangka bakat adiknya mendapat perhatian netizen.

Menurutnya, video tersebut dirakam dan dimuat naik oleh seorang pelajar tingkatan lima di sekolah yang sama dengan adiknya.

Kata Jeffrey, ironinya, adik bongsunya itu tidak mempunyai kemahiran bermain sebarang alat muzik.

 

Tak tahulah nak kata ia bakat tersembunyi atau kebolehan, tapi dia memang suka tengok YouTube terutama video memes.

 

“Nak kata dia pandai bermain alat muzik, saya rasa tidak. Rekoder pun dia tak pandai tiup. Tapi dia ada bakat melukis khususnya watak anime.

“Dia boleh melukis menggunakan kertas dan satu perisian di dalam komputer,” kata pemuda berusia 21 tahun itu.

Di sebalik kebanyakan komen positif yang diterima susulan tvlarnya vide0 tersebut, Muhammad Jeffrey turut meluahkan

rasa kes4lnya dengan segelintir netizen yang tanpa rasa bers4lah melontarkan komen neg4tif berb4ur hin4an terhadap adiknya.

 

Selain bersiul seperti rekoder, Wan juga berbakat melukis kartun anime.

 

“Ada beberapa netizen yang menulis komen bukan-bukan susulan vide0 tersebut turut viral di Instagram.

Ada yang mempersoalkan tentang adik saya. Saya sudah menulis mesej kepada pengendali akaun tersebut untuk memadam video adik yang dimuat naik di akaun mereka.

“Saya bimbang komen-komen ini mempengaruhi adik sebab sebelum ini dia pernah dibvli di sekolahnya.

Dia tahu videonya viral dan komen-komen negatif yang dilontarkan kepadanya. Dia agak sed1h juga, tapi saya beritahu, tak perlu layan komen-komen seperti ini.

Biarkan mereka bercakap, kita buat hal sendiri sahaja,” katanya yang berasal dari Ampang, Selangor.

Antara komen netizen yang melahirkan rasa kagum dengan bakat Wan.

Dalam masa yang sama, Jeffrey meminta netizen berhenti melontarkan komen-komen negatif terhadap seseorang, khususnya melibatkan penampilan diri seseorang.

“Vide0 itu hanyalah untuk tujuan suka-suka sahaja.

Langsung tak ada niat nak cari perhatian atau nak jadi terkenal.

“Jadi tak perlu nak beri komen-komen neg4tif, lagipun komen sedemikian langsung tak memberi faedah bahkan boleh

mencetuskan situasi yang tidak elok, khususnya kepada individu dalam video itu,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

 

View this post on Instagram

 

Siapa pernah main rekoder dekat sekolah dulu? Sebijik kan bunyi dia! #mstarkongsi #mstarSH

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *