Connect with us

Hiburan

“Pipi Kebas, Tak Sangka”, Ramona Zamzam Tak Tahan Gelak Dalam Sepahtu Reunion

Published

on

Pelakon jelita Ramona Zamzam menarik perhatian netizen selepas muncul dalam program Sepahtu Reunion Live minggu lalu.

Gandingan Ramona bersama Jep berjaya membuatkan netizen terhibur dengan telatah spontan mereka.Malah gelagat Ramona yang tidak dapat menahan ketawa apabila melakonkan sketsa bersama Jep membuatkan netizen geli hati.Menerusi akaun Instagramnya, Ramona memberitahu dia tidak menyangka dirinya akan diusik sebegitu sekali dalam program berkenaan.

“Secara jujurnya, masa ni baru segmen pertama tapi dah sakit rahang. Tak sangka nak kena sakat sampai macam tu sekali.

“Pipi dah kebas, rahang dah sakit gila @jepsepahtu tak penah berubah, masih sama dari 10 tahun lepas.

“Saya sangat berbesar hati membaca komen-komen yang diberikan oleh anda, terima kasih atas sokongang yang diberikan,” tulisnya.

Selain Ramona, Sepahtu Reunion Live sebelum ini juga telah menampilkan Dayang Nurfaezah, Diana Danielle Elvina Mohamad dan Eyka Farhana

Jangan lupa saksikan Sepahtu Reunion setiap Jumaat, jam 9:00 secara ekslusif di Astro Warna (saluran132) dan Warna HD (saluran 124).

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending