Umum

Seorang Insan Bernama Jalaludin Dijemput Illahi Selepas S0lat Subuh, MasyaAllah semoga Husnul Khotimah

“USTAZ, sini, sini (berdiri) sebelah saya. Apa apa jadi senang.”

Demikian perbualan terakhir seorang lelaki yang kemudian reb4h selepas s0lat subuh berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang, Johor, semalam.

Kisah itu dikongsi seorang lelaki dikenali Muhd Abdul Rahman di Facebooknya mengenai seorang lelaki, Jalaludin Borhan yang disahkan meningg4l dunia ketika s0lat berjemaah di surau itu.

“Kem4tian yang dicemburui, hari ini (semalam) saya menjadi saksi kem4tian itu datang bila-bila masa.

“Subuh berjemaah bersama anak Tahfiz al-Mukhlisin. Selesai s0lat subuh berjemaah seorang insan yang dipilih Allah, Jalaludin Borhan dijemput Ilahi.

“Husnul Khotimah.

Pengakhiran yang kita semua idamkan.

S0lat subuh berjemaah, wirid, sujud kemudian reb4h dan mata ini melihat kebesaran Ya Allah,” katanya.

Perkongsian Muhd Abdul Rahman dikongsi lebih 500 pelayar Facebook dan menerima 448 komen daripada netizen selepas dimuat naik pada jam 9.34 pagi, semalam.

Muhd berkata, dia berada di samping arwah sejak awal pagi dan sempat menyapa lelaki itu.

“Cik Jalal, awal pagi ke surau sebelum dibalas arwh ‘nak ke pasar lepas ni ustaz, terus pergi je’.

Senyum arwh terkenang sehingga sekarang.

“Tengah azan arwh masuk ke dalam surau dan bersandar ke dinding selepas solat sunat yang tengah menanti iqamat.

Arwh menyapa ‘ustaz, sini, sini sebelah saya, apa apa jadi senang’ dan ketawa kecil kami,” tulisnya.

Menurutnya, selepas solat dan berzikir tiba-tiba arwah mengurut dadanya.

“Arwh sujud memohon kekuatan dari Allah SWT. Bangun daripada sujud, arwh urut dada kembali kemudian reb4h.

“Saya terkejvt, melihat wajah arwh kita faham.

Saya mengucap syahadah di telinganya dan ayat terakhir arwh adalah ‘Allah’ sebelum pergi meninggalkan kita.

“Satu penyaksian dan pengakhiran yang kita semua cemburui,” kongsinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *