Connect with us

Hiburan

Bukan C4lang C4lang Wanita Ni,“Saya Tertvmbuk Hidungnya Hingga Berd4rah…” Zahirah Macwilson

Published

on

Pelakon Zahirah Macwilson mend3dahkan berlaku k3m4langan kecil ketika penggambaran filem Bulan dan Pria Terhebat.

Menurut Zahirah ketika babak aksi dia secara tidak sengaja telah menc3derakan seorang pelakon lagak ngeri.

“During take, saya secara tidak sengaja tertvmbuk ‘stvntman’ di bahagian hidung dan ia berd4rah .

Tapi dia memang seorang yang professional.  Sorry bro and great job” katanya.

Zahirah berkongsi perkara tersebut di InstaStory akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri di InstaStory itu dia menunjukkan aksi yang dlikakukan ketika k3m4langan itu berlaku.

Semalam, sempena tayangan hari pertama Bulan dan Pria Terhebat, Zahirah berkongsi beberapa babak serta pengalaman ketika penggambaran filem tersebut.

Selain Zahirah, filem arah Ghaz Abu Bakar itu turut dibarisi bintang hebat lain seperti Zizan Razak, Maya Karin, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Filem bergenre aksi komedi yang sudah mula ditayangkan pada 12 Mac 2020.

Bulan dan Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu secara ringkas mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tntera khas Ind0nesia menyeludvp

masuk ke dalam s1ndiket pem3rdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke

Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari gengg4man bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky.

Ricky mengarahkan Tony, seorang pembvnuh upahan untuk mengh4puskan Bulan dan Haris.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

“Nasib Aku Bukan Artis” – S1ndiran Aeril Zafrel Terhadap Seniman Memang Padu.Tuju Pada Siapa Tu

Published

on

By

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, majoriti rakyat Malaysia hilang sumber pendapatan.

Situasi ini membuatkan kerajaan mewujudkan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Namun, lain pula yang terjadi apabila beberapa selebriti dilihat kurang senang dengan bantuan ini, malah mereka meminta kepada kerajaan untuk memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.

Dalam post Persatuan Seniman Malaysia baru-baru ini, mereka menyenaraikan cadangan bantuan khas yang ingin diminta kepada kerajaan.

Berikut adalah beberapa permintaan Seniman

1 E-wallet RM500 – RM1k
2 Baucer pembelian barang keperluan diri dan rumah
3 Pemeriksaan covid percuma di hospital kerajaan DAN HOSPITAL SWASTA.
4 Bantuan khas RM1k SETIAP BULAN untuk tempoh 6 BULAN.

 

Permintaan ini dilihat agak keterlaluan bagi netizen yang menganggap penggiat seni juga sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Melihatkan situasi ini, Aeril Zafrel tampil dengan satu kenyataan seolah-olah meny1indir kerenah beberapa penggiat seni ini. Amboi.

 

Melihatkan response netizen yang terhibur dengan kenyataan itu, Aeril memuat naik lagi dua tweet yang berbunyi:

“Aku tiktok femes. Aku jugak army”

 

Untuk meredakan keadaan yang dilihat begitu tegang di antara netizen dan golongan penggiat seni, Aeril juga dilihat sempat bergurau senda dengan netizen. Sempoi betul.

 

Foto: Twitter

Semoga kemelut kecil ini dapat diselesaikan dengan segera. Penggiat seni juga rakyat Malaysia, sewajarnya mereka memohon bantuan seperti kita semua juga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : CARI 

Continue Reading

Hiburan

“Saya Dulu 10 Tahun Lepas Hilang Semua Aset.Bawa Kancil Badan G4tal G4tal” Respon Amy Search Isu Artsi Minta Bantuan Kerajaan

Published

on

By

Industri hiburan Malaysia jadi p4nas selepas ada segelintir artis yang bersuara meminta kerajaan untuk tidak terlepas pandang terhadap golongan pelaku seni yang juga memerlukan bantuan.

Sejak itu, banyak pandangan yang diberikan di media sosial oleh pelbagai pihak baik dari golongan artis sendiri mahupun netizen.

Slah seorang selebriti yang ikut dipertanyakan mengenai isu artis juga mahu kerajaan membantu mereka, Amy juga punya buah pandangan sendiri.

Dalam sesi temu bual secara langsung di segmen IG Live ArtisDudukDiam pada Ahad di akaun Astro Gemp4k, bekas vokalis Search ini mengatakan sebagai rakyat Malaysia sudah pasti golongan artis juga tidak dipinggirkan menerima bantuan daripada kerajaan.

“Saya percaya selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tentang bantuan kepada seluruh rakyat, itu termasuklah buat golongan artis sebab kita juga rakyat Malaysia.

“Jadi sabar dan ikut panduan yang diberikan kerajaan tentang bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia. Kita artis, kita rakyat Malaysia, kita pasti akan dapat. 

“Saya menyeru juga badan badan atau organisasi yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka membantu seluruh pelaku seni termasuk yang di belakang tabir,” kata Amy optimis.

Vokalis berusia 62 tahun itu mengatakan hal yang perlu diberi fokus buat masa ini juga adalah tentang pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk kekal tenang dan mematuhi arahan kerajaan untuk berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

“Saya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia, duduk rumah, kekal tenang, ikut saranan kerajaan. Yang penting kita berdoa supaya C0V-19 ini segera berakhir,” ujar Amy berkali-kali.

Pada masa sama, Amy turut mengimbas kisah hidupnya yang pernah susah.

Mengaku seawal karier bersama Search, kehidupannya pernah mewah, namun sekitar 10 tahun lepas beliau berhadapan dengan krisis hidup yang sangat mencengkam sehingga kehilangan semua aset yang pernah dikumpulnya sepanjang bergelar pelaku seni.

“Kita kena sediakan payung sebelum hujan. Macam itu yang saya fikir, fikir tentang 10 tahun ke depan, persediaan kita misalnya.

“Macam saya dulu, saya rasa dalam 10 tahun lepas saya hilang habis semua aset. Sampai saya hanya bawa kereta terpakai. Tapi ada artis rasa malu, naik Kancil badan boleh jadi g4tal-g4tal.

“Kita kena selalu ingat, jangan terlarut dalam sindr0m ‘star’. Ada masa kita tidak tahu apa akan jadi, maka kena beringat.

“Jadi untuk saya, saya selalu beringat dan ukur baju di badan sendiri. Ada lebih, saya belanja lebih. Tak ada lebih, kita ala kadar,” katanya yang mengingatkan agar rakan artis selain bijak menabung juga perlu mengambil insurans diri dan persediaan lainnya untuk hari tua.

Terdahulu, menerusi sesi temu bual sama, Amy mengumumkan keluar daripada kumpulan Search.

Menurut Amy, pengunduran yang dibuat adalah untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang buat anggota Search yang lain, Nasir, Kid dan Din mengorak langkah masing-masing tanpa bergantung atau tersekat kerana dirinya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : gempk

Continue Reading

Hiburan

COV-19: ‘Ketepikan Peminat, Utamakan Artis..’ Komen Zizan Mula Tarik Perhatian Netizen

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Biarpun filem Bulan Dan Pria Terhebat ditarik balik selepas lima hari tayangan, pelakon utamanya, Zizan Razak akur dengan situasi getir yang menghimpit negara berikutan penularan vi1rus COV-19.

Zizan berkata, dia percaya syarikat produksi, Nizra Entertainment membuat keputusan tepat demi keselamatan orang ramai.
“Tindakan penerbit tepat, keselamatan menjadi keutamaan. Lagi pun, daripada menanggung kerugian disebabkan tiada penonton, keputusan menarik balik filem adalah langkah terbaik.

“Diakui, penerbit paling terkesan dengan situasi berlaku. Bagaimanapun, kita tidak seharusnya memikirkan kepentingan diri, sedangkan seluruh dunia sedang dilanda musibah,” katanya kepada BH Online.

Selain filem Bulan Dan Pria Terhebat, pelawak yang diangkat Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia bakal muncul dalam beberapa filem besar seperti Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3.

Namun, katanya, status tayangan untuk dua filem masih belum diketahui, selepas vi1rus COV-19 kian membimbangkan.
Pelawak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, dia enggan terlalu memikirkan mengenai kerjaya seninya dalam keadaan seluruh dunia diuji dengan v1irus peny4kit yang meng4ncam ny4wa.

Sebaliknya, Zizan berkata, kini fokusnya mahu membantu wira dan wirawati yang juga petugas barisan hadapan dan menghulurkan bantuan untuk insan yang memerlukan.

“Saya, Neelofa dan beberapa rakan artis merancang membantu petugas barisan hadapan. Selain itu, saya bersama beberapa badan juga kini sedang menyusun strategi bagi membantu mereka berdepan kesempitan hidup.

“Projek dan kerjaya saya serahkan kepada pihak pengurusan mengaturnya, buat masa ini. Apa yang lebih bermakna, saya dapat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan,” katanya.

KOMEN NETIZEN :

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : BH

Continue Reading

Trending