Connect with us

Hiburan

Alha Alfa sah bercer4i selepas enam bulan berkahwin – “Saya lepaskan dia, tak nak dia kemurvngan dan stres”

Published

on

HANYA mampu bertahan selama enam bulan, perkahwinan jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa bersama Datin Noor Azlin Ismail sudah berakhir.

Menurut Alha atau nama sebenar Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 31, mereka sepakat untuk berpisah secara baik setelah tiada lagi persefahaman.

“Setelah saya cuba sembunyikan perkara ini, harini ada hamba Allah yang menulis dan menyebar berita ini, mungkin juga ini slah satu jalan Allah ingin membuka ruang dan jalan untuk kami masing-masing.

“Sebolehnya saya ingin berdiam diri dan tak nak besarkan hal ini supaya aib kedua-duanya terjaga, tapi mungkin ini ujian berat dalam hidup saya.

“Saya sudah meminta izin bekas isteri untuk menulis mengenai ini dan habiskan secara damai… harap tiada pihak mengeruhkan lagi. Terima kasih kepada bekas isteri kerana membahagiakan saya selama setengah tahun bersama,” katanya menerusi laman Instagram.

Alha berkongsi status rumah tangganya di Instagram pada Ahad.

Sebelum itu, sebelum portal berita melaporkan dakwaan kononnya rumah tangga Alha dan isteri telah berakhir.
Sementara itu, Alha juga memberitahu perbezaan jarak usia dan kerjaya menjadi punca dia dan Azlin memilih untuk berpisah.

“Mungkin sebab dia terlalu muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya terhad dan buatkan dia tak boleh terima kerjaya saya dan menjadi perselisihan faham.

“Mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan saya, kehidupan saya, pangkat saya tetapi bila hidup bersama akan sentiasa rasa cemburu dan tidak puas hati.

“Kehidupan kami normal macam biasa dan saya pun dah nak jadi ayah tapi kegvguran mungkin belum rezeki… tetapi apa yang saya pertahankan ini tak panjang, saya tak nak dia kemurungan, stress berpanjangan, ugvt nak ceder4kan diri dan lain-lain, gambar saya lvka tu saya bergelut menghalang dia menceder4kan diri,” ujarnya.

 

Majlis resepsi mereka pernah viral apabila kek mewah perkahwinan mereka runtuh dan terbalik.

Setelah memikirkan segala kemungkinan, Alha berkata percerai4n adalah jalan terbaik dan mendoakan supaya Azlin bertemu dengan pengganti yang lebih baik.

“Saya lepaskan dia sebaiknya, saya tak boleh berhenti bekerja dalam bidang saya, ini mata pencarian saya, syarikat, staf saya… kalau saya k4lah, semuanya habis.

“Tak apalah isteriku, semoga dia jumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya, maafkan saya kerana g4gal mengemudi bahtera ini ke syurga.

“Saya kena terus kuat menempuh ujian Allah ini, biarlah apa yang berlaku sekalipun, saya dah cuba kurangkan kerja saya dan niat nak bulan madu ke Makkah tapi tak kesampaian kerana C0v-19,” katanya.

Terdahulu, Alha dan  Noor Azlin Ismail, 23, berkahwin di Taiping, Perak pada 28 September tahun lalu.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

“Nasib Aku Bukan Artis” – S1ndiran Aeril Zafrel Terhadap Seniman Memang Padu.Tuju Pada Siapa Tu

Published

on

By

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, majoriti rakyat Malaysia hilang sumber pendapatan.

Situasi ini membuatkan kerajaan mewujudkan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Namun, lain pula yang terjadi apabila beberapa selebriti dilihat kurang senang dengan bantuan ini, malah mereka meminta kepada kerajaan untuk memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.

Dalam post Persatuan Seniman Malaysia baru-baru ini, mereka menyenaraikan cadangan bantuan khas yang ingin diminta kepada kerajaan.

Berikut adalah beberapa permintaan Seniman

1 E-wallet RM500 – RM1k
2 Baucer pembelian barang keperluan diri dan rumah
3 Pemeriksaan covid percuma di hospital kerajaan DAN HOSPITAL SWASTA.
4 Bantuan khas RM1k SETIAP BULAN untuk tempoh 6 BULAN.

 

Permintaan ini dilihat agak keterlaluan bagi netizen yang menganggap penggiat seni juga sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Melihatkan situasi ini, Aeril Zafrel tampil dengan satu kenyataan seolah-olah meny1indir kerenah beberapa penggiat seni ini. Amboi.

 

Melihatkan response netizen yang terhibur dengan kenyataan itu, Aeril memuat naik lagi dua tweet yang berbunyi:

“Aku tiktok femes. Aku jugak army”

 

Untuk meredakan keadaan yang dilihat begitu tegang di antara netizen dan golongan penggiat seni, Aeril juga dilihat sempat bergurau senda dengan netizen. Sempoi betul.

 

Foto: Twitter

Semoga kemelut kecil ini dapat diselesaikan dengan segera. Penggiat seni juga rakyat Malaysia, sewajarnya mereka memohon bantuan seperti kita semua juga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : CARI 

Continue Reading

Hiburan

“Saya Dulu 10 Tahun Lepas Hilang Semua Aset.Bawa Kancil Badan G4tal G4tal” Respon Amy Search Isu Artsi Minta Bantuan Kerajaan

Published

on

By

Industri hiburan Malaysia jadi p4nas selepas ada segelintir artis yang bersuara meminta kerajaan untuk tidak terlepas pandang terhadap golongan pelaku seni yang juga memerlukan bantuan.

Sejak itu, banyak pandangan yang diberikan di media sosial oleh pelbagai pihak baik dari golongan artis sendiri mahupun netizen.

Slah seorang selebriti yang ikut dipertanyakan mengenai isu artis juga mahu kerajaan membantu mereka, Amy juga punya buah pandangan sendiri.

Dalam sesi temu bual secara langsung di segmen IG Live ArtisDudukDiam pada Ahad di akaun Astro Gemp4k, bekas vokalis Search ini mengatakan sebagai rakyat Malaysia sudah pasti golongan artis juga tidak dipinggirkan menerima bantuan daripada kerajaan.

“Saya percaya selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tentang bantuan kepada seluruh rakyat, itu termasuklah buat golongan artis sebab kita juga rakyat Malaysia.

“Jadi sabar dan ikut panduan yang diberikan kerajaan tentang bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia. Kita artis, kita rakyat Malaysia, kita pasti akan dapat. 

“Saya menyeru juga badan badan atau organisasi yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka membantu seluruh pelaku seni termasuk yang di belakang tabir,” kata Amy optimis.

Vokalis berusia 62 tahun itu mengatakan hal yang perlu diberi fokus buat masa ini juga adalah tentang pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk kekal tenang dan mematuhi arahan kerajaan untuk berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

“Saya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia, duduk rumah, kekal tenang, ikut saranan kerajaan. Yang penting kita berdoa supaya C0V-19 ini segera berakhir,” ujar Amy berkali-kali.

Pada masa sama, Amy turut mengimbas kisah hidupnya yang pernah susah.

Mengaku seawal karier bersama Search, kehidupannya pernah mewah, namun sekitar 10 tahun lepas beliau berhadapan dengan krisis hidup yang sangat mencengkam sehingga kehilangan semua aset yang pernah dikumpulnya sepanjang bergelar pelaku seni.

“Kita kena sediakan payung sebelum hujan. Macam itu yang saya fikir, fikir tentang 10 tahun ke depan, persediaan kita misalnya.

“Macam saya dulu, saya rasa dalam 10 tahun lepas saya hilang habis semua aset. Sampai saya hanya bawa kereta terpakai. Tapi ada artis rasa malu, naik Kancil badan boleh jadi g4tal-g4tal.

“Kita kena selalu ingat, jangan terlarut dalam sindr0m ‘star’. Ada masa kita tidak tahu apa akan jadi, maka kena beringat.

“Jadi untuk saya, saya selalu beringat dan ukur baju di badan sendiri. Ada lebih, saya belanja lebih. Tak ada lebih, kita ala kadar,” katanya yang mengingatkan agar rakan artis selain bijak menabung juga perlu mengambil insurans diri dan persediaan lainnya untuk hari tua.

Terdahulu, menerusi sesi temu bual sama, Amy mengumumkan keluar daripada kumpulan Search.

Menurut Amy, pengunduran yang dibuat adalah untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang buat anggota Search yang lain, Nasir, Kid dan Din mengorak langkah masing-masing tanpa bergantung atau tersekat kerana dirinya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : gempk

Continue Reading

Hiburan

COV-19: ‘Ketepikan Peminat, Utamakan Artis..’ Komen Zizan Mula Tarik Perhatian Netizen

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Biarpun filem Bulan Dan Pria Terhebat ditarik balik selepas lima hari tayangan, pelakon utamanya, Zizan Razak akur dengan situasi getir yang menghimpit negara berikutan penularan vi1rus COV-19.

Zizan berkata, dia percaya syarikat produksi, Nizra Entertainment membuat keputusan tepat demi keselamatan orang ramai.
“Tindakan penerbit tepat, keselamatan menjadi keutamaan. Lagi pun, daripada menanggung kerugian disebabkan tiada penonton, keputusan menarik balik filem adalah langkah terbaik.

“Diakui, penerbit paling terkesan dengan situasi berlaku. Bagaimanapun, kita tidak seharusnya memikirkan kepentingan diri, sedangkan seluruh dunia sedang dilanda musibah,” katanya kepada BH Online.

Selain filem Bulan Dan Pria Terhebat, pelawak yang diangkat Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia bakal muncul dalam beberapa filem besar seperti Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3.

Namun, katanya, status tayangan untuk dua filem masih belum diketahui, selepas vi1rus COV-19 kian membimbangkan.
Pelawak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, dia enggan terlalu memikirkan mengenai kerjaya seninya dalam keadaan seluruh dunia diuji dengan v1irus peny4kit yang meng4ncam ny4wa.

Sebaliknya, Zizan berkata, kini fokusnya mahu membantu wira dan wirawati yang juga petugas barisan hadapan dan menghulurkan bantuan untuk insan yang memerlukan.

“Saya, Neelofa dan beberapa rakan artis merancang membantu petugas barisan hadapan. Selain itu, saya bersama beberapa badan juga kini sedang menyusun strategi bagi membantu mereka berdepan kesempitan hidup.

“Projek dan kerjaya saya serahkan kepada pihak pengurusan mengaturnya, buat masa ini. Apa yang lebih bermakna, saya dapat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan,” katanya.

KOMEN NETIZEN :

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : BH

Continue Reading

Trending