Connect with us

Semasa

Ada Ubat Untuk Rawat C0v 19 Dari Jepun Dan China Tp KP Dr Noor Hisham Abdullah Belum Tentukan Lagi,Rupanya Ada Sebab

Published

on

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) pertimbang untuk menggunakan ubat Avigan dan Fukaikan untuk merawat pesakit jngkitan kor0navirus baharu (C0v-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, ubat Avigan keluaran Jepun dan Fukaikan dari China ketika ini tidak didaftarkan di Malaysia dan penggunaannya memerlukan kajian kerana ada kesan sampingan.

“Ubat berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia tetapi kita akan mempertimbangkan untuk meluluskan melalui (beliau sebagai) Ketua Pengarah Kesihatan.

“Bagaimanapun, (penggunaan) ubat berkenaan perlu kajian kerana ia mempunyai kesan sampingan,” katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Avigan dan Fukaikan, adalah ubat yang sama. Avigan dibangunkan syarikat kumpulan Fujifilm Holdings berpangkalan di Jepun yang dilihat berkesan merawat pesakit C0v-19.

Ubat 4nti-influenza buatan Fujifilm Toyama Chemical Jepun Avigan. (Foto: Nikkei/Reuters).

Beijing mula mengesyorkan ubat berkenaan yang dijual di bawah jenama Avigan.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending