Connect with us

Semasa

Lagi jemaah tabligh meningg4l dunia, korban ke-20 Cov-19

Published

on

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kem4tian kor0nav1rus baharu (C0v-19) menjadikan jumlah kem4tian direkodkan di negara ini sebanyak 20 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian itu membabitkan kes ke-780, lelaki warga tempatan berusia 76 tahun.

Katanya, lelaki warga emas itu pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur.

“Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020,” katanya menerusi hantarannya di Facebook, malam ini.
Terdahulu, Dr Noor Hisham dalam sidang media di Putrajaya, petang hari ini memaklumkan 172 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Cov-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,796 kes.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, 172 kes baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan 71 kes berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling manakala baki 101 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster.

Sehingga kini, seramai 45 kes p0sitif Cov-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending