Connect with us

Viral

Terpaksa diku4rantin di Istana, Permaisuri Agong Tengku Azizah ‘tak sunyi’ ditemani kucing comel

Published

on

Umum sedia maklum bahawa minggu lepas KDYMM baginda Ag0ng dan Permaisuri Ag0ng terpaksa dikuarantin susulan daripada sembilan petugas istana yang disahkan positif C0v-19.

Oleh hal yang demikian, hanya baginda dan keluarga serta tiga orang pembantu sahaja dibenarkan berada di dalam istana.

Walau bagaimanapun, KDYMM Baginda Agong serta Permaisuri disahkan negatif C0v-19 selepas ujian saringan dilakukan.

Belajar menyulam dengan YouTube

Terpaksa berada di dalam bilik sehingga 9 April, Permaisuri Agong, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah melakukan aktiviti menyulam bagi mengisi kebosanan sepanjang tempoh kuar4ntin.

 

 

View this post on Instagram

 

onto my Day 2 challenge …. this is a real challenge for a begginer … thank god for youtube #roomarrestcorona

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Comel sangat kucing tu

Lebih menariknya, baginda telah memuat naik aktiviti tesebut dengan ditemani seekor kucing comel yang sangat manja berada di sisi baginda.

 

View this post on Instagram

 

nasib baik ada teman ….. room arrest till 9th april ….

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Kami semua sayang Tunku

Dapat dilihat dengan jelas ‘temannya’ itu duduk disamping permaisuri dan langsung tidak mengacau apabila baginda sedang menyelesaikan aktiviti menyulamnya itu.

Perkongsian comel yang dibuat oleh KDYMM Permaisuri Agong ini telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet. Mereka juga turut mendoakan agar segala urusan baginda dipermudahkan dan tempoh kuarantin itu lekas berlalu.

 

Jaga diri Tunku

Comelnya kucing Tunku

Semoga Tunku sentiasa dilindungi

 

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : ohmymedia

Trending