Connect with us

Semasa

“Saya Nampak Ditangan Kirinya Ada Baju Baby.Dia Masuk Van Lambai Suami dan Anak Dan Airmatanya Laju” – Frontliner

Published

on

WABK kor0nav1rus (C0v-19) tidak memilih mngsa, sesiapa saja berdepan risiko dijangk1ti.

Namun pengalaman dikongsi seorang petugas frontliner semasa menjemput seorang ibu muda yang disahkan p0sitif C0v-19 baru-baru ini ternyata mengundang sebak netizen.

Menurut Hazuwan Hashim, dia sendiri sebak melihat situasi wanita berusia awal 20-an itu yang terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan suami dan juga anak sulungnya yang berusia sekitar lima bulan.

“Dalam 10 minit saya nampak susuk ibu muda pakai mask keluar dari rumah. Masa tu dia keluar seorang tak ada teman. Bila saya keluar dari van barulah saya nampak suami sedang dukung anak mereka.

“Suami berdiri di hadapan pintu rumah tu dalam jarak lima meter dari luar pagar rumah. Masa tu tak nampak wanita tu menangis atau sedih. Dia seolah-olah reda atau mungkin sudah kuatkan motivasi diri sebelum itu.

Hazuwan sudah berkhidmat selama lima tahun sebagai kakitangan perubatan KKM.

“Bila saya dah check IC dia, saya arahkan dia masuk van. Masa tu saya nampak ditangan kirinya ada baju baby.

Saya pun spontan cakap kat dia untuk lambai suami dan anak sebelum masuk van. Masa tu saya tengok air mata dia mengalir laju,” katanya kepada mStar.

Bagi Hazuwan, situasi itu amat berbeza dengan kes yang pernah dikendalikannya sebelum ini.

“Saya dah biasa kerja as frontliner… dah tengok macam-macam situasi. Tapi keadaan yang saya lalui tempoh hari tu situasi berbeza. Saya ibarat nak pergi ambil askar pergi berper4ng.

“Mereka perlu tinggalkan keluarga dan tak tahu pun adakah mereka akan balik atau tak selepas tu. Saya sedih bila dapat tahu dia baru saja berkahwin dan bayi kecil yang ditinggalkan itu anak sulung,” katanya.

Jelas Hazuwan yang juga penolong pegawai perubatan, dia turut tersentak dengan permintaan terakhir wanita itu sebelum dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh.

“Biasanya sebelum ke rumah pesakit kita akan call dulu. Masa saya call untuk sahkan alamat, dia tanya saya boleh tak kalau dia nak susukan anak dia. Jadi saya tanya sama ada doktor dah beritahu dia tak boleh susukan anak.

Ibu muda itu tidak dibenarkan untuk menyusu badan anaknya yang masih kecil itu. – Gambar hiasan.

“Dia kata ya dah ada doktor beritahu tak boleh direct susukan anak. Tapi dia kata dah beberapa hari dia tak susukan anak cuma pam saja. Saya pun cakap kat dia puan kita tak bagi sebab kita takut anak dijangkiti.

“Jadi saya pun benarkan dia untuk pam susu saja. Saya boleh tunggu kalau nak pam susu. Saya cakap kat dia puan boleh pam sebanyak mana yang boleh sebab kita pun tak tahu berapa lama puan akan duduk dalam wad,” katanya.

Dalam pada itu, pemuda berusia 28 tahun itu turut menasihati orang ramai supaya mematuhi arahah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penvlaran wbak C0v-19.

“Bagi bukan kontak rapat minta ikut apa yang kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) tekankan. Bagi yang bekerja amalkan saranan KKM dengan memakai topeng muka bagi mereka yang berisiko, kerap cuci tangan dengan sabun atau bawa sanitizer dan amalkan penjarakkan sosial.

“Saya juga merayu kepada semua pesakit supaya jujur dalam memberitahu sejarah perjalanan ke luar negara dan sekiranya ada kontak dengan pesakit positif C0v-19 atau pesakit dalam pemantauan (PUI) ketika datang ke mana-mana fasiliti kesihatan,” katanya.

Hazuwan turut mendedahkan dia antara kakitangan perubatan yang dikuarantin kerana pernah ada kontak dengan pesakit positif C0v-19.

Kakitangan Hospital Pakar KPJ Damansara mengendalikan ujian mudah alih pandu lalu Covid-19 ketika tinjauan fotoBernama pada Sabtu.

“Jumaat lepas (kes ibu muda dan empat pesakit lain) first assignment saya sebab saya baru je lepas kuarantin selama 14 hari. Saya antara pesakit PUI. Saya sebenarnya barisan team kecemasan.

“Selalunya semasa merawat pesakit kecem4san ini kita tak tahu background dia. Jadi bila dah dihantar ke hospital barulah kita tahu dia positif C0v-19. Jadi semua petugas yang uruskan pesakit tu telah diku4rantin termasuk saya.

“Saya sendiri pun tak sangka akan terkena. Terus-terang saya katakan jadi PUI ini bukan satu yang mudah walaupun saya seorang kakitangan perubatan.

Nak tunggu keputusan negatif atau p0sitif tu sangat susah… hari-hari sukar melelapkan mata,” katanya yang disahkan negatif pada hari keempat selepas dimasukkan ke hospital.

Meskipun berdepan risiko kepada ny4wa, pemuda dari Kedah itu tidak pernah menyesali pekerjaan yang diminatinya itu.

“Tak pernah timbul rasa kesal. Kami frontliner yang dianggap sebagai benteng terakhir yang negara ada.

“So kalau benteng terakhir jatuh kita dah tak ada siapa lagi yang boleh bantu untuk kawal penvlaran wbak ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending