Connect with us

Hiburan

Amar Baharin tak layak untuk terima BPN – “Tak lulus sebab pendapatan melebihi kelayakan…”

Published

on

PELAKON Amar Baharin berkongsi keputusan semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dimohonnya tidak berjaya berikutan pendapatan isi dalam rumah melebihi kelayakan.

Menyedari dirinya berkemampuan, Amar, 35, memilih untuk berkongsi rezekinya dengan menyalurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners).

Menurut suami kepada pelakon Amyra Rosli ini, dia berharap sumbangannya itu dapat meringankan beb4n fronliners yang sanggup berk0rban dan berju4ng demi memer4ngi wabak C0vid-19.

 

 

Amar berkongsi keputusan semakan BPN di Instagramnya.

“Dah check dah. Tak lulus pun. Sebab pendapatan pemohon atau pasangan melebihi kelayakan. Jadi yang lebih tu la kami sumbangkan sedikit untuk #frontliners Malaysia.

“Dengan harapan sedikit buah tangan kami ni dapat meringankan beb4n hero-hero Malaysia yang berjuang 24/7 . Terima kasih barisan hadapan kami yang berk0rban untuk perang ini.

“Cepat kita putuskan rantaian ni, cepat kita dapat keluar mencari rezeki. Itu doa kami untuk semua,” katanya.

Pelakon drama Cembvru Seorang Perempuan itu mendedahkan keputusan semakan tersebut di laman Instagramnya dan mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap Amar dan Amyra yang sentiasa merendah diri dan mereka turut mendoakan agar pasangan itu dimurahkan rezeki.

“Sentiasa merendah diri. Korang saja artis yang paling sempoi… Kontr0versi pun tak ada, tak ada buat hal. Sal4h satu sifat yang patut dicontohi.

“Terima kasih. Memberi semula pada masyarakat yang perlu. Semoga rezeki kalian sekeluarga terus terbuka seluasnya dan sentiasa dipermudahkan urusan.

 

Netizen mendoakan agar Amar sekeluarga dimurahkan rezeki.

“@aamyrarosli @amarbaharin sama la kita bagi pada yang lebih memerlukan dan lebih sus4h daripada kita. Bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah pada kita,” k0men beberapa netizen.

Seluruh rakyat Malaysia termasuklah golongan selebriti atau anak seni layak untuk memohon inisiatif yang diumumkan kerajaan iaitu Bantuan Prihatin Nasional bermula Rabu.

Pembayaran fasa pertama BPN akan tertumpu kepada golongan B40 berikutan kesus4han yang dialami khususnya ketika Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu akibat penul4ran C0vid-19.

Sumber: Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending