Connect with us

Viral

Umur Ros 32 tahun dan aku pulak 25 tahun. Hairannya dia bagi aku kahwin tapi dia tak nak jumpa Diana

Published

on

Sebak dan begitu terasa sekali dengan penulisan dari suami ini. Harap cerita di bawah ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua selepas membaca perkongsian ini. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Aku ada dua isteri, Ros ( isteri pertama) dan Diana ( isteri kedua). Aku dan Ros kenal tahun 2012. Kami kenal di tempat kerja, salah satu multinational corporation terbesar di Malaysia.

Ros auditor, aku IT technician. Ros tua 7 tahun dr aku, dia 32 dan aku pula 25. Sejak aku join company ni, Ros memang antara staf perempuan yang popular di kalangan semua staff lelaki.

Baik yang kahwin sampai la bujang, semua idamkan Ros sebab dia tinggi, putih melepak dan muka baby face.

Pertengahan 2018 aku terjebak dengan tinder. Pengaruh kawan tempat kerja. Mula mula sekadar nk chat bila Ros outstation, sampai la aku jumpa Diana.. Diana muda 10 tahun dari aku.

Kali kedua aku jatuh hati sebab perangai manja dan caring Diana (masa ni aku dah 32 dan lelaki baya aku banyak suka anak gadis mcm Diana). Terdesak nak kahwin dengan Diana, aku jujur dengan Ros.

Aku ingat lagi, mula mula Ros nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan aku.

Ros redha je benarkan aku kahwin dengan Diana. Masa ni aku rasa berbelah bagi sangat sangat. Tertekan sebab dh janji nak nikahi Diana dan dalam masa yang sama sedih sebab Ros seolah olah nak lepaskan aku.

Masa ni aku mula honeymoon dengan Diana sampai 4-5 bulan tak balik ke rumah Ros. Sekalipun Ros tak bising mintak aku balik.

Sepanjang ni Ros banyak spent masa bercuti dengan anak anak tanpa aku. Pergi legoland, singapore dan terbaru ke jepun. Hanya mereka 3 beranak tanpa aku.

Hanya sebab tak nak lukakan Diana, aku menolak pergi bercuti dengan mereka. Lama kelamaan aku jadi sunyi dengan Diana.

Manisnya fasa honeymoon dah habis dan aku rindu nk bersama keluarga aku. Diana tak nak berbuka puasa sorang, jadi sepanjang Ramadhan aku tak pernah berbuka dengan Ros.

 

Ros makan hati dengan aku tapi dia pilih untuk berdiam diri atas rasa bersalah utamakan kerja dari keluarga. Kata Ros, sepanjang aku kahwin dengan Diana, Ros dah persiapkan diri untuk jadi ibu tunggal seandainya dia dicerraikan.

Masa ni aku rasa sedih sgt. Ros betul betul dah tawar hati dengan aku. Di saat aku abaikan dia, daripada meratap dia pilih untuk bahagiakan diri dan anak anak.

Ros suruh aku cari kebahagiaan dengan Diana dan mintak aku lepaskan dia. Ros bukan sekadar isteri, tapi dia juga ibu kepada anak anak aku.

Ros mintak aku jgn persiakan Diana sebab andai kata kami tiada jodoh aku masih ada Diana untuk jaga aku.

Buat para suami yang mengeluh isteri pjj atau isteri doktor, fikir lah dua kali sebelum bermain kayu tiga. pertahankan rumahtangga mereka walaupun dah terlerai.

Macam aku Ros betul betul dah buang aku dekat Diana.

Sumber – Radzi (Bukan nama sebenar) via utusanviral

Nama-nama dalam cerita ini telah di olah semula bagi menyembunyikan identiti sebenar yang meluahkan. Semoga menjadi pengajaran kepada isteri dan suami di luar sana.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : kuasaviral

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending