Connect with us

Viral

Tolong Gelandangan Tapi Bagi Menampung Hidup Masa PKP Puteri Balqis Dan Ibunya Jual Buku.”Seperti Biasa Saya Jual Buku Kecuali Zon Mer4h” Ibu Puteri

Published

on

Kisah kehidupan pelakon cilik iaitu Puteri Balqis bersama ibunya, pernah menjadi k0ntroversi suatu ketika dahulu apabila mereka terpaksa menjual buku puisi demi sesuap nasi.

Kemunculan Puteri Balqis di program Bersamamu pada 12 Januari lalu juga telah mendapat perhatian masyarakat sehingga pelbagai pihak tampil memberikan sumbangan.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, ibu Balqis bersyukur mereka masih meneruskan kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

IBU pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz bersyukur apabila buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis masih terjual sekali gus dapat menampung kehidupan mereka dua beranak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Norashikin berkata, dia tidak menjangka buku puisi itu masih mendapat sambutan.

“Kami bersyukur buku masih terjual macam biasa. Tidak jangka juga ada yang terus membeli. Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon m3rah Covi1d-19.

“Sekarang pun Balqis sedang menyiapkan buku puisi versi bahasa Melayu pula. Doakan semoga usaha ini permudahkan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keperluan harian, Norashikin berkata, dia mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat,” katanya.

Norashikin berkata, hasil penjualan buku itu membolehkan dia menyewa satu lagi unit rumah pangsa bagi menempatkan gelandangan.

“Ada enam orang termasuk seorang mualaf. Saya sewakan sementara sebab semua tidak ada tempat. Mereka itu gelandangan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak bantu

Mempunyai masalah yang ‘berlainan’

Terdahulu, Puteri Balqis pernah dilaporkan jatvh saki1t. Sehingga kini dia mengalami mvntah d4rah selain asma kron1ik yang memerlukannya menggunakan inhaler.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan dan empat buah hospital sudah dirujuk, hasil ujian d4rah menunjukkan Puteri Balqis bebas daripada kans3r.

Kini, dia dan ibunya bergantung sepenuhnya kepada hasil pendapatan menjual buku puisi yang ditulisnya sendiri.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending