Connect with us

Semasa

Perjuangan kita belum selesai walaupun kes menurun: Dr Noor Hisham

Published

on

PUTRAJAYA – Penurunan kes baharu positif koronavirus (C0vid-19) yang mencatatkan dua digit buat kali ketiga di negara ini bukan tiket untuk masyarakat ambil ringan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya khuatir sekiranya penurunan jumlah kes beberapa hari ini disalah erti.

Beliau juga bimbang jika penurunan angka kes baharu itu membuatkan masyarakat alpa lalu mengambil mudah PKP kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai.

“Perjuangan kita masih belum selesai. Rakyat Malaysia dinasihatkan agar terus patuh kepada PKP.

“Walaupun perkembangan dalam penurunan kes ini sememangnya positif, namun masyarakat masih perlu berada di rumah,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini C0vid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau juga mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan jarak sosial yang selamat dan juga mengamalkan kebersihan diri yang tinggi.

“Pendekatan ini penting dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan,” katanya.

Hari ini, Malaysia sekali lagi merekodkan penurunan kes positif C0vid-19 iaitu sebanyak 54 kes menjadikan jumlah kes positif C0vid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,305 kes.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : sinar harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending