Connect with us

Semasa

Selepas menteri, ada lagi VIP slumber je langgr PKP. Jawatan dia bukan biasa biasa

Published

on

KUALA LUMPUR – Selepas gambar Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tular kerana did4kwa mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini gambar Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon pula disebarkan.
Gambar itu dikongsikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Foto tersebut menunjukkan Mohd Rashid sedang menikmati hidangan bersama beberapa orang termasuk Pegawai Daerah Batu Pahat selepas menyampaikan sumbangan di Parlimen Batu Pahat.

”Hari itu Timbalan Menteri Kesihatan 1. Yang ni Timbalan Speaker Parlimen Malaysia pula,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Fahmi berkata, beliau kesal ramai anggota pentadbiran dan ahli blok kerajaan yang tidak mengubah program mereka dan masih berkenduri seperti biasa ketika PKP dilaksanakan.

”Pegawai Daerah seharusnya menegur, bukan jamu selera bersama,” ujarnya.

 

Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon (kiri) menikmati makanan semasa PKP seperti tular di media sosial.
Timbalan Menteri l4nggar PKP, polis akan ambil tindakan

Sebelum ini Kerajaan menyerahkan kepada polis untuk menentukan sebarang tindakan ke atas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali kerana mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan difahamkan sudah ada laporan polis dibuat ke atasnya.

“Sesiapa saja kena diambil t1indakan, tiada siapa boleh atasi undang-undang. Bagaimanapun, saya difahamkan sudah ada laporan polis terhadap kes itu dan kita serahkan kepada polis untuk ti1ndakan,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Datuk Dr. Noor Azmi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai dengan Exco Kerajaan Perak, Razman Zakaria mengadakan kunjungan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Pada program itu, berlaku aktiviti makan secara berjemaah dan bersalam dalam acara penyerahan saguhati.

Dr. Noor Azmi turut memuatnaik program itu menerusi akaun Facebooknya dengan memaparkan beberapa keping gambar beliau bersama rombongan mengunjungi maahad tahfiz.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : musangviral

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending