Connect with us

Semasa

Ebit Lew Berjaya Tolong Keluar Daif Dlm Masa Dua Jam. Kerajaan Kelantan Tampil Bersuara Mengejutkan

Published

on

SAYU melihat sebuah keluarga yang tinggal di beberapa pondok kecil dan usang di Pasir Mas, Kelantan sejak 20 tahun lalu.

Rumah yang menjadi tempat berteduh daripada hujan dan panas itu berdiri teguh tanpa kemudahan tandas di tempat pembuangan sampah.

Keadaan yang daif itu membuatkan air mata pendakwah terkenal, Ebit Lew jatuh membasahi pipi sekali lagi.

“Menangis lagi hari ini di Kelantan. Tiga longgokan sampah sangat besar. Ada tiga pondok kecil di situ yang tiada tandas pun. Takde rupa rumah langsung.

Pertemuan Ebit bersama keluarga yang menetap di pondok kecil.

“Sedihnya rasa. Jika ingin mandi mereka ke surau berdekatan, tadah air. Makcik tua umur 70-an bersama anak cucunya di situ selama 20 tahun di Pasir Mas Kelantan.

“Jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah. Tak patut ada sesiapa tinggal di situ,” tulis Ebit di halaman Facebooknya, Rabu malam.

Malahan Ebit mengakui mendengar kisah hidup keluarga itu membuatkan beliau menangis sehingga mengimbas kembali keperitan yang pernah dialaminya sebelum ini.

“Ada yang tak habis sekolah. Tapi serius adik ni semua baik-baik. Kisah mereka terasa masa saya pernah rasa susah dulu. Rasa rendah diri dan malu nak jumpa orang.

“Saya pujuk mereka untuk pindah dan saya nak bayar semua sewa dan bil api air insyaAllah. Mereka setuju nak pindah. Terharu nak pindah. Tak sangka senang ajak,” tambahnya.

 

Ebit membuat pemantauan di kawasan pondok yang terletak dekat tempat pembuangan sampah.

Berdasarkan perkembangan terkini, keluarga berkenaan yang tinggal di pondok kecil tanpa tandas kini ditempatkan di sebuah rumah batu yang disewa oleh pendakwah itu.

“20 tahun diuji hidup di sini selesai dalam masa dua jam pindah ke rumah baharu sewa. Bahagia rasa. Saya rasa syukur sangat dapat bayar sewa rumah dan bil buat keluarga yang baik ini.

“Saya belikan peti ais, mesin basuh, kipas, cerek elektrik, rice cooker dan dua katil besar dan dua katil single dengan tilam dan bantal. Syukur sangat rasanya.

“Tadi menangis tengok makcik ni yang uzur. Rindu mak saya. Baik makcik ini. Anak dan cucunya semua lembut cakap dengan saya,” katanya sambil memberi semangat kepada anak muda yang masih belajar.

Ebit berulang kali mengucapkan kesyukuran kerana dapat membantu keluarga itu, terutama sebaik melihat air mata kegembiraan dan senyuman mereka.

“Katanya tak sangka boleh dapat rumah begini. Sebelum ini tandas pun tiada. Bau sampah. Bayangkan seluruh sampah macam tiga bukit. Mereka tinggal di tengah-tengah.

Katanya tak sangka boleh dapat rumah begini. Sebelum ini tandas pun tiada. Bau sampah. Bayangkan seluruh sampah macam tiga bukit. Mereka tinggal di tengah-tengah

EBIT LEW

“Kita satu bakul sampah je dalam rumah cepat buang ke luar. Ya Allah maafkan saya ye makcik. Maafkan saya adik. Doakan saya. Hari ini ujian adik.

“Yakinlah adik akan jadi seorang yang mulia dan baik akan bantu ramai manusia dalam dunia. Ada rahmat di sebalik semua,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga berkenaan mendiami rumah baharu.

Ebit mengiringi seorang wanita warga emas ke rumah baharu yang disewakan untuknya sekeluarga.

Lebih menghibakan apabila Ebit mendedahkan bahawa beliau sebenarnya mengetahui nasib yang menimpa keluarga yang tinggal di pondok itu, sejak awal Ramadan.

Namun, beliau hanya berkesempatan bertemu dengan keluarga tersebut pada 20 Ramadan.

“Saya tahu pasal mereka awal Ramadan, tapi baru hari ini sampai. Ya Allah maafkanlah saya lambat jumpa keluarga ini. Setelah 20 tahun mereka lalui semua ini. Saya

Dalam pada itu, Dato Nik Amar kelihatan memuat naik dua statusdi FB. Walapun tidak merujuk mana-mana pihak, ramai netizan membuat kesimpulan yang status tersebut di tuju kepada Ustaz Ebit Lew

Rata-rata netizan meng3cam kenyataan Dato Nik Amar

Kerajaan Kelantan tidak pernah abai Zaharah

RANTAU PANJANG – “Kerajaan negeri sudah acap kali memujuk Zaharah Sulaiman, 79, dan keluarganya untuk berpindah keluar dari kawasan Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) namun dia berkeras tidak mahu berbuat demikian”.

Itu penjelasan Penghulu Mukim Batu Karang, Mohd Sayuti Mohd Noor berhubung kisah Zaharah selepas ia tular di laman sosial semalam apabila penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew berjaya memujuk warga emas berkenaan dan keluarganya untuk meninggalkan ‘pondok buruk’ berusia 20 tahun di tapak pelupusan sampah itu.

Isu tersebut menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet dan ‘pemain-pemain’ politik termasuklah pimpinan kerajaan Kelantan.

Mohd Sayuti berkata, selain memujuk, bantuan kepada Zaharah serta lapan lagi keluarga yang menghuni kawasan tersebut turut diagihkan secara sekata.

“Jadi dakwaan mengatakan kerajaan negeri tidak cakna dengan nasib mereka yang tinggal di kawasan ini tidak berasas sama sekali termasuklah keluarga Zaharah.

“Untuk makluman semua, kerajaan negeri sudah menyediakan penempatan baharu untuk kesemua keluarga terlibat di belakang Taman Perumahan Tengku Anis,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan berkenaan hari ini.

Menurutnya, selain menyediakan penempatan pelbagai bantuan telah hulurkan oleh kerajaan negeri sejak tahun 2015 termasuklah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Yusoff merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita.

Katanya, apa yang tular di media sosial itu semalam mungkin salah faham dalam kalangan sesetengah pihak.

Katanya, kebanyakan mereka yang menetap di lokasi itu adalah bersifat sementara sahaja.

“Jika berpindah ia akan memberikan kesukaran kepada mereka untuk mencari rezeki kerana kebanyakan sampah tiba pada tengah malam dan awal pagi,” katanya.

Salah sebuah daripada sembilan pondok yang terdapat di kawasan berhampiran tapak pelupusan sampah MDPM.

Mohd Sayuti berkata, kesemua kawasan tersebut dilengkapi dengan bekalan tenaga elektrik serta sumber air dari perigi yang digali berhampiran lokasi itu, cuma tandas sahaja tiada dan memerlukan mereka ke surau berhampiran.

Dalam perkembangan lain, Mohd Sayuti berkata, beliau menyambut baik usaha yang dilakukan oleh penceramah terkenal itu.

Katanya, beliau berterima kasih kepada Ebit Lew kerana berjaya memujuk Zaharah dan keluarganya untuk berpindah selepas 20 tahun menetap di kawasan berkenaan.

Sementara itu, cucu Zaharah, Siti Nor Asrizan Abdullah,19, berkata, dia dan keluarga serta penduduk setempat sentiasa mendapat perhatian daripada pihak kerajaan negeri dan Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Menurutnya, pelbagai bantuan telah diterima mereka sekeluarga termasuklah sumbangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuklah Ustaz Ebit Lew di atas bantuan yang telah dihulurkan kepada kami dan dapatlah kami menyambut Aidilfitri di rumah sewa baharu.

“Jika sebelum ini kami sekeluarga beraya di pondok usang dengan ditemani sampah sarap,” katanya.

Dua pencari barangan terpakai sedang menyelongkar sampah di tapak pelupusan milik MDPM.

Seorang pencari barangan terpakai di tapak pelupusan sampah itu, Mohd Zulkhairi Mohd Tapek, 25, berkata, dia mula bekerja di kawasan tersebut sejak tahun 2013 lalu.

Katanya, dia memutuskan untuk tinggal di lokasi itu kerana mudah untuk mencari rezeki.

“Sampah-sampah ini biasanya tiba pada jam 3 hingga 7 pagi setiap hari,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pencari barangan terpakai di sebalik timbunan sampah ini menetap secara sementara di lokasi tersebut.

Katanya, mereka sentiasa menerima kunjungan daripada pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang datang menghulurkan bantuan.

“Kami tidak meminta tetapi mereka datang memberi. Jadi kami terimalah bantuan tersebut,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati terdapat kira-kira sembilan pondok kecil dihuni oleh sembilan keluarga yang bekerja sebagai pencari sampah.

Ketika tinjauan dilakukan kira-kira 10 orang sedang melakukan pekerjaan mereka.

Sumber : Samson Bujang Lapok

 

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending