Connect with us

Hiburan

Risteena Beng4ng Kisah 30 Minit Tak Balas Mesej Dikec4m

Published

on

Begitu h4ngat diperkatakan mengenai pelakon Nur Risteena yang berkongsikan kisah tunangnya, Isa Khan yang bimbang dan panik apabila setengah jam dia tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Risteena menyelar netizen yang tidak berpuas hati dan bertindak mengec4m perkongsiannya itu. Ujarnya, dia berhak berkongsikan apa sahaja di media sosialnya selagi tidak memburukkan orang lain.

“Saya kongsi dekat media sosial saya tak kacau orang lain pun. Memang platform itu untuk dikongsi pasal kehidupan, kerjaya, keluarga dan tunang saya.

“Yang saya tak faham orang yang tak mengikuti yang sakit hati dengan posting saya. Bagi saya, selagi tak kongsi perkara yang menggangu, burvkkan orang lain, kacau laki orang ke takpa. Kalau buat memang patut dikec4m.

“Tapi saya buat hal sendiri pun orang kec4m, tak faham la. Saya takda pun kongsi kat tempat lain selain media sosial sendiri. Semua orang ada hak masing-masing apa yang dia nak kongsi,” katanya kepada Astro Gempak.

Risteena berkata lagi, dia tidak menyangka ada netizen sanggup mendoakan yang tidak baik sedangkan dia tidak mengenali netizen berkenaan apatah lagi memburukkan mereka.

“Manusia tidak sempurna tapi saya tak sangka ada manusia yang sehingga tahap mendoakan dan bercakap perkara yang tidak baik.

“Padahal saya tak pernah kenal mereka, tak kacau dan tak pernah burukkan pun. Jadi dari situ saya mengenali pelbagai jenis manusia yang ada zaman sekarang. Yang mungkin saya tak tahu dan tak pernah nampak,” katanya

Dalam pada itu, Risteena mengakui tunangnya seorang yang mengambil berat bukan sahaja dirinya malah seluruh ahli keluarga. Kata Risteena pada malam tersebut tunangnya bimbang jika ada sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya.

Sumber : Rotikaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending