Connect with us

Semasa

Bermalam dikira langg4r SOP aktiviti ziarah pada Aidilfitri – Ismail Sabri

Published

on

KUALA LUMPUR: Individu yang berziarah pada hari pertama sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan bermalam di rumah yang dikunjunginya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri.

“Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan untuk hari raya pertama sahaja berdasarkan SOP yang kita keluarkan sebelum ini.

“Kalau kita raya 24 hari bulan dan selepas itu dia tidur di situ, lebih jam 12.01 tengah malam hari berikutnya, itu adalah salah dari segi SOP yang dikeluarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri, jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, beliau berkata mengikut SOP, aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja.

Kerajaan sebelum ini memutuskan supaya aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai, tahun ini, dihadkan kepada hari pertama perayaan.

Keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

SOP mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung dengan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.

Ulang sekali lagi,

“Kalau kita raya 24 haribulan, kalau dia tidur di situ, lebih pukul 12.01 (tengah malam) dah jadi 25 haribulan, dan dia nak beraya lagi esok tu, jadi salah dari segi SOP,” katanya.

 

Video penuh

Sumber : ohmymedia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending