Connect with us

Semasa

Terkini Hasil Siasatan Polis Rupanya Ada Sebab Lelaki Ini Meng4muk

Published

on

KUALA LUMPUR: Cermin sisi kereta diketuk menjadi punca seorang pemandu pacuan empat roda meng4muk dan merempuh orang awam serta gerai di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, berkata ia selepas suspek yang disyaki mabuk itu tidak berpuas hati terhadap tindakan seorang lelaki mengetuk cermin keretanya ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

“Dalam kejadian pada jam 6.35 petang, lima individu termasuk seorang wanita turut dilaporkan cedera akibat dirempuh kereta suspek.

“Kesemua mangsa berusia antara 40 hingga 50 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Arsad berkata, pihaknya menerima lima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan insiden itu.

“Setakat ini, kita kenal pasti dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan rosak kerana dilanggar kereta suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

KEJADIAN pacuan empat roda merempvh orang awam serta gerai di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, semalam.

Terdahulu, polis dilaporkan menahan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beberapa klip video insiden berkenaan tular di media sosial antaranya memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek keras ke arah kereta itu yang dipandu secara melulu.

Sumber : bharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending