Connect with us

Semasa

Setelah Dpt Komen TMJ Beli Porsche Setengah Juta , Ini Ayat2 Safawi Yang Win Habis

Published

on

Menurut pemain berusia 23 tahun itu, jentera Porsche yang dikongsi dalam laman Instagram semalam menjadi sumber inspirasinya untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dan konsisten bagi membantu skuad Harimau Selatan merangkul lebih banyak kejuaraan.

Kata-kata buat TMJ

” Sememangnya kereta berkenaan milik saya. Alhamdulillah impian memiliki kenderaan terbabit tercapai dalam usia muda.

” Terima kasih diucapkan kepada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu memberi dorongan dan semangat untuk terus berjaya.

” Kejayaan yang dikecapi selama ini hasil sokongan semua pihak termasuk keluarga yang sentiasa bersama saya,” katanya.

Terdahulu, hantaran terkini Safawi di laman Instagram menarik minat penyokong bola sepak tempatan selepas dia berkesempatan berkongsi gambar kereta berwarna merah terbabit sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Malah, hantaran terbabit turut mendapat perhatian Tunku Ismail yang meninggalkan komen beliau.

” Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail.

Sapawi Balas Komen tersebut

“Terima kasih Tunku Mahkota Johor (TMJ)!”

Itu ayat pertama yang keluar daripada mulut tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sebagai tanda penghargaan kepada pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas membantu mencapai impiannya memiliki jentera mewah pada usia muda.

Meskipun enggan mendedahkan nilai kereta terbabit, namun ‘harga permainan’ baharu Safawi itu dikatakan bernilai sekitar RM515,000 sehingga RM612,000.

Jentera terbabit adalah Porsche Cayman daripada dua generasi terdahulu dan berdasarkan semakan di Internet, harga jentera terbabit adalah sekitar RM515,000 sehingga RM612,000 ketika mula memasuki pasaran Malaysia pada 2009.

Bagaimanapun, disebabkan sudah dianggap ‘lama’, nilai jentera terbabit ketika ini hanyalah sekitar RM103,000 sehingga RM320,000.

Sejak semalam tular gambar Safawi memuatnaik ucapan Hari Raya berserta gambar beliau bersama kereta ‘sport’ jenama Porsche berwarna merah.

Entri yang dikongsikan di Instagram itu turut mendapat respon TMJ yang menulis di ruangan komen dan kemudian dibalas semula oleh Safawi.

Umum mengetahui pemain bola sepak tanah air sering dikaitkan dengan koleksi kereta mewah.

Sebagai contoh Safee Sali memiliki Porsche Cayyene, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek pula memiliki Audi, Amri Yahyah pula bangga dengan jentera Skyline GTR dan Safiq Rahim pula bersama jentera mewah idaman ramai, Ford Mustang GT500.

Itu hanya sebahagian sahaja. Boleh dikatakan rata-rata pemain bola sepak gemar memiliki kereta ‘sport’, apatah lagi kalau pemain itu bermain JDT yang semua sedia maklum menerima jadi puluhan ribu ringgit sebulan.

Bagi Safawi sendiri, ini adalah kereta mewah kedua yang berjaya beliau miliki. Sebelum ini Safawi memiliki kereta jenama Mercedes.

Malah Februari lalu, Pengarah Urusan Offside Sports, Abdul Halim Abdul Shukor yang bertanggungjawab dengan perpindahan Norshahrul Idlan
Talaha ke Liga Thailand mendedahkan bahawa Safawi Rasid bernilai sebanyak $AS2 juta atau RM8 juta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : limauais

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending