Connect with us

Hiburan

“Dia Yang Mengurat Saya Dulu” – Taufiq Hanafi Akui Jalin Hubungan Cinta Dengan Model, Sambut Raya Bersama

Published

on

Pelakon filem Paskal, Taufiq Hanafi mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang model, Neesa Sodirman.

Menurut Taufiq, 29, hubungan tersebut mula terjalin selepas kekasihnya itu cuba mendekatinya di media sosial pada tahun lalu.

“Dia yang mengurat saya dulu. Dia mesej saya di Instagram. Dari situlah kami mula berkenalan.

“Bila dia mahu berkawan, saya pun okey sahajalah. Tiba-tiba jadi macam ni (hubungan serius),” katanya ketika dihubungi Gempak.

Begitupun, kata pelakon filem Ola Bola itu, hubungan tersebut masih lagi di peringkat mengenali hati budi.

“Kita memang ada merancang (untuk berkahwin), tapi masing-masing pun tengah cuba menstabilkan kedudukan kewangan.

“Insya-Allah kalau ada jodohnya saya beritahu. Cuma, kalau boleh nanti saya nak skip tunang, kahwin terus sahajalah kot,” ceritanya.

Sebelum ini, Taufiq turut memuat naik sekeping foto di Instagram menyambut Aidilfitri bersama kekasihnya itu.

“Saya dan dia tak dapat balik kampung. Inilah seumur hidup pertama kali sambut di Kuala Lumpur. Jadi, waktu pagi raya itu, memang saya dan dia (kekasih) bersama adik sahaja,” jelasnya.

Dalam entri tersebut, Taufiq memberi bayangan keseriusan hubungan tersebut apabila mendakwa bakal menyambut lebaran tahun depan ‘bersama’ di kampungnya di Johor.

 

View this post on Instagram

 

Tahun ni kita raya KL..tahun depan Inn shaa Allah kita raya Johor tau..doa yang baik

A post shared by Taufiq Hanafi (@taufiqhanafi11) on

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending