Connect with us

Viral

Impian Ke Jinjang Pelamin Berkecai, Wanita Tabah ‘Photoshoot’ Seorang Diri Pakai Baju Pengantin

Published

on

Ikatan perkahwinan sudah semestinya menjadi impian bagi setiap pasangan yang telah lama menjalinkan percintaan.

Pun begitu, tidak semua yang dirancang akan berlaku mengikut aturan yang diimpikan.

Pastinya, ia sememangnya sukar untuk diterima namun ia merupakan suratan takdir yang telah disusun oleh ilahi.

Keadaan ini dialami oleh Yann Mohamad yang terpaksa menerima kenyataan bahawa impiannya untuk melangsungkan perkahwinan bersama insan tersayang berkecai.

Menerusi kirimannya di Facebook, wanita itu mengambil keputusan untuk melakukan ‘photoshoot’ seorang diri pada tarikh sepatutnya dia diijabkabulkan.

Terima kasih untk segalanya. Maka berakhirlah ‘kisah kita’. Ya betul. Memang dah berakhir bulan 1. Cuma saya menunggu saat tarikh yang sepatutnya kita diijabkabulkan. Hari ni kan? 27 Mei 2020

Hati manusia Tuhan pegang. Saya ingat janji awak. Saya pegang. Saya ingat dengan settle barang hantaran, dah settle bayar apa yang patut segalanya akan berakhir dengan indah. Rupanya tak. Oh cukup cakap soal sayang, rindu. Hati saya tawar wak.

Setawar waktu awak pujuk teman wanita baru awak lagi depan saya. Maafkan? Entah. Tapi nak ucap terima kasih untk kenangan. Sekurangnya, pernah rasa dicintai. Jaga lah baik baik teman wanita yang awak ada skrg. Entah sorang. Entah dua. Entah tiga. Takpelah. Semoga bahagia. Terima kasih untk hampir 2 tahun. Terima kasih pernah jadikan saya tunangan awak.

Sumber : Siakapkeli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending